Sesungguhnya, nikmat Iman dan Islam yang diberikan terlalu mahal harganya... Ianya juga tak terbayar dengan rasa kesyukuran sahaja... Dengan iman, kita percaya dan yakin dengan segala apa yang ditetapkan oleh Allah swt untuk kita, kita yakin sekiranya kita mengikuti apa yang Allah larang, pasti ada hikmahnya. Bagaimana dengan yang bukan Islam? Tanpa sebarang penetapan suruhan dan perintah larangan, macam-macamla yang berlaku pada diri mereka. Sebagai pengiktibaran, mari kita lihat antara manusia yang tak beragama ni....
1) JANGAN BUAT...
1) JANGAN BUAT...
Etienne Dumont
Seorang penulis pengkritik seni dan budaya akhbar di Geneva (sebab rasa seni orang lain tak best kot dia jadi macam ni…huhu), dari hujung kaki ke hujung kepalanya dipenuhi dengan tatoo yang pelik-pelik. Selain tatoo, dia juga telah menanam atau dalam bahasa medical “mengimplant” silikon dibawah kulit. Silikon ni membuatkan dia ada 2 tanduk atas kepala! Dia juga telah menebuk lubang sebesar 2.7 inci di telinganya dan memasang subang di hidung dan bawah bibirnya… Tambahan aksesori : Spek mata berwarna biru yang menjadikannya semakin pelik dilihat dan membuatkan orang terfikir…”Ini lembu ke orang? Kenapa lembu ni pakai spek?”…..
2) JANGAN BUATYang ni pulak…kalau sesiapa perasan, ada dalam montaj siri televisyen - “Ripley’s Believe It Or Not”. Adakah anda merasakan dia mempunyai sifat kasih sayang dengan menampilkan wajah macam ni? Tak ada orang akan benarkan anak mereka kawin dengan spesis ni….
3) JANGAN BUAT
3) JANGAN BUAT
Hish… Sebab tu la Islam menyuruh kita menutup aurat… Antara hikmahnya… takkan ternampak segala keaiban kita. Minah ni pulak namanya Julia Gnuse atau juga dikenali sebagao THE ILLUSTRATED LADY. Minah ni dilahirkan dalam keadaan berpenyakit yang dipanggil porphyria yang menyebabkan kulitnya selalu melepuh dan meninggalkan parut. Jadi, konon nak cover la ni… dia pun lukis la tatoo seluruh kawasan yang berparut tu. Dan selepas 10 tahun, macam tu la ghopenye...(kata orang perak). Sekarang termasyhurla minah ni jadi Wanita Paling Banyak Tatoo Di Dunia…
4) JANGAN BUAT
Elaine Davidson
Secara purata, subang yang ada di badannya (dalam dan luar) berjumlah 2500. Minah Brazil ni, kalau ditimbang berat badannya, 3 kilo tu adalah berat subangnya.huhu… Sekarang dia tinggal kat Edinburgh dan dia tak nak dah balik Brazil sebab dia takut orang kampung dia serang dia atas kepelikannya… (Tau takpe….). Sekarang, Elaine Davidson ni, diiktiraf sebagai manusia paling banyak subang di tubuh…
5) JANGAN BUAT
Kala Kawai
Yang ni tak la banyak sangat subang macam minah kat atas tu… Nama dia Kala Kawai, dia “hanya” ada 67 subang dan 75% badannya di tatoo. Yang tambah tak sedap lagi, kerja manusia separuh lembu ni ialah “body modification” atau mengubah badan. Siap ada studio sendiri lagi kat Hawaii. Yang rasa cam tambah bodoh ialah, dia telah membesarkan lubang telinganya kepada 4 inci, memasukkan pelbagai silikon di kepala, siap boleh tolong skrewkan besi kat kepala, lidah bercabang . (Cukup menakutkan?) Dia telah membahagikan lidahnya kepada dua dengan menggunakan “Dental Floss”….. Tak tau apa Dental Floss? Klik sini…
6) JANGAN BUAT
6) JANGAN BUAT
Pauly Unstoppable
Dengan namanya ada makna “tanpa henti” di hujung, dia rasa tak cukup dengan dua subang di telinga… Dari laman webnya, menunjukkan punca dia memulakan menebuk lubang di telinga ialah selepas terinspirasi dari gambar ni…
Macam penah ku lihat, tapi di negara mana ya?
Huhu… dia diiktiraf sebagai orang(¿) yang mempunyai lubang hidung terbesar di dunia, hingga menurut kata orang yang dah face to face dengannya, kita boleh nampak otaknya kalau kita tengok dekat-dekat lobang idung dia tu… (GILO!!!). Lagi tambahan yang menyebabkan penulis kata gila ialah… parut yang sengaja dibuat di pipi dan dahi, lidah bercabang, kubah yang diimplant ke dahi dan banyak lagi la benda gila… tengok la gambarnya…Tu baru sikit tau…
7) JANGAN BUAT
Ini baru the real Cicakman…
Eric Sprague dilahirkan pada 1972, antara orang pertama yang membuat lidah bercabang… Dia juga bertanggungjawab pada diri sendiri (maknanya, tak ada orang paksa dia buat kerja bodoh ni), mentatookan badannya dengan sisik keras warna hijau dan menajamkan gigi.
8) JANGAN BUAT
8) JANGAN BUAT
Ni pulak yang menyebabkan penulis rasa takut lak ngan kucing… Tengok sendiri la ya… Tambahan, dia ada pasang ekor elektronik yang real boleh gerak-gerak macam ekor kucing betul… Dennis Avner, 44 tahun, dah menjalani lebih 20 prosedur pembedahan sebab katanya, dia dilahirkan dalam suku bangsa orang asli amerika, dan kepercayaan itu yang mendorong dia berubah kepada bentuk ni…Huhu… orang amerika…
* Posting ini hanyalah sebagai pengajaran buat adik-adik WaJA pembaca... Pleasssseeee... jangan sesekali buat kerja bodoh macam ni ya...
0 comments:
Post a Comment