salam dik...
kata Nabi kita 2 nikmat yang sering dan banyak manusia alpa, leka, lalai, lupa iaitu nikmat sihat & masa lapangOkey camner dengan pereksa, PMR & SPM yang lalu, pasti okey kan. Masakan tidak adik dah cuba sedaya upaya bukan tak cuba kan, zaman abang dulu sebelum masuk exam doa , habis exam doa dan tawakal pulak. Yang paling penting kita dah usaha yang lebih tinggalkan pada Rabbi , kerana itu semua kerja Dia. okey kita tinggalkan bab peperiksaan ning, apa abang eiman ning orang dah pening jawab duk sembang lagi bab ni.
So dah merdeka kan? apa nak buat , keje part time, tolong mak ayah, kursus or lepak & qada tidur yang lepas kerana tak tidur study during exam. Abang eiman ada sedikit petua untuk adik untuk isi masa cuti ni, nak ikut orang tu akan berjaya tak naka ikut (ikut pandai korang lah)
- Masuk Kem anjuran Skuad WaJA atau mana-mana kursus yang difikirkan patut
- Kerja sambilan untuk menambahkan koleksi duti poket (bukan beli rokok), boleh bantu ibu ayah tampung belanja dapur @ standby untuk buat lesen motor
- Mulakan belajar untuk future bagi adik-dik form 1,2 & 4, cuti 1 bulan lebih tak lama dik
- Melawat atau menziarahi atuk & nenek kat kampung bantu bersihkan halaman rumah tok dapat juga pahala
- Belajar agama di pondok atau mana-mana madrasah yang berdekatan bagi menambahkan ilmu adik-adik
- Bersukan @ riadhah bersama kawan-kawan jangan duk main PS aje.
- Pergi kursus English ke atau kemahiran untuk meningkatkan ilmu yang sediada
Eiman
S/U JPR Terengganu
0 comments:
Post a Comment