gerombolan adik-adik di dalam dewan yang sempit
Satu tepukan gemuruh untuk adik-adik sekelian yang menyertai kem yang dianjurkan JPR Dungun. 151 orang peserta daripada 4 DUN yang terlibat dengan kem tersebut semuanya nampak tersenyum walaupun kita ditimpa hujan lebat, bilik muatan berlimpah ruah, dewan basah kuyup, namun setiap ujian Allah yang menimpa dilalui dengan sabar dan tenang.
memohon keampunan dari Illahi
Hasbi Rabbi, bentuklah akhlak kami dengan aklhak Al Quran.
Hari pertama semuanya nampak blur, dengan bertemakan ukhuwah Fillah, adik-adik mula dikerjakan oleh abang aeman dengan mencari kawan-kawan yang minat berbeza, selepas itu pula diberikan tugasan untuk membungkus hadiah walaupun dibutakan, dibisukan dan dikudungkan oleh abang aeman, maka terciptalah 26 buah hadiah yang berlainan bentuk dan corak. Alangkah manisnya ukhuwah dikalangan adik-adik pabila saling bekerjasama. Muhasabah malam tersebut ditemani dengan butiran air hujan dan tangisan sendu mengenangkan jasa ayahanda, kemudian disudahi dengan Al Mulk sebagai peneman tidur.
kak nas blebel, kak ayu & kak wani senyum je...
LDK 1 si buta, si bisu, si kudung bungkus hadiah
muslimin balut hadiah..cam tak caye..
adik kenape tu... kekok ke..
tangan adik nape duk kat belakang, kih....
adik-adik main tipu...nape si buta balut hadiah
ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga....
alamak buta dah aku....
Hari Kedua....
Pagi-pagi menjenguk hutan simpan Rantau Abang, nasib baik diberikan pertolongan oleh sahabat fasi tq Alga ( Makhluk Kaki 3), Duan (penunggu hutan),Sukeri (perempit hutan), Byti (penembak belon), Najjah ( perenang berpelampung), Konie ( penepuk tepung), Wan Seha ( penjaga sungai), Nurul ( yang suka blebel adik-adik kih.....)macam-macam pengalaman ada yang terlanggar pokok, ada yang menangis diusik, ada yang saling bertakbir ketakutan..kih...memang seronok kan. LDK 3 pula adik-adik diberikan tugas untuk membaiki ibadah dengan bantuan fasi. Banyak kelemahan yang adik perlu baiki selepas ini. Jumaat petang, adik-adik sudah tidak sabar untuk explorace camp, tepat 2.30 150 orang conquer camp.
Checkpoit 1 : Selamat datang ke Checkpoint Kak Ayu, Kak Alin & Abg Sabri, adik-adik dikehendaki melakukan pelbagai xtvt yang ntahapaapantah, supaya adik sedar untuk menjadi anak baik perlukan niat yang baik terlebih dahulu.
Checkpoint 2 : Selamat datang ke tempat paling best, di dalam air sungai yang keruh, wow belajar berenang, si ketua perlu selamatkan anak buah daripada kelemasan. buktikan ketulusan ukhuwah di kalangan adik adik, dihandle oleh abang sukeri, syuk, kak wan seha, kak najjah.
Checkpoint 3 : Adik-adik perlu bertarung dengan abang fasi, membuat panji kemudian berikrar sanggup mati demi Islam, boom...boom....diserang oleh abang duan, abang hazwan, kak baity. Kemudian diminta usung sahabat yang tercedera.
Checkpoint 4 : Kak Che Wan & Kak Fizah bagi telur, beras, periuk, cawan untuk survivor sepanjang program... pasti penat kan dapat air masak sebotol saja.
Chckpoint 5 : Kem belajar uli2 tepung. Padan muka kena conteng dengan tepung. TQ abang koden, abang alif, kak nas & kak konie.
Checkpoint 6 : Adik kena pasang khemah & pecat semula dalam masa 15 minit. Kemudian makan 1 biskut berkongsi ramai-ramai. Kesian kena dengan abang hadi & abg irsyad.
Malam pula dikongsi gembira dengan persembahan adik-adik, fuh tentu seronok melihat gelagat adik-adik nyanyi lagu AL Amal rentak Rock.
Hari Ketiga...
Resolusi adik-adik memang baik selpas ini kami pasti akan buat program susulan. walaupun letih dan penat masih mahu teruskan program ini, Syukran Jazilan pada semua semoga jumpa lagi...semangat.....
2 comments:
nge ambe ade gok gambo, tp nok gano?
mugo x biaso main blog nih. baco jah
~SamarQondy~
al-dunguuni...
Hantar email dakpe...
nasikerabupetro@yahoo.com
Post a Comment