Tips buat ahli-ahli Skuad WaJA yang sedang rajin belajar, insyaAllah...
Jaga kebajikan diri :
- Pastikan sentiasa sihat dan mendapat rehat secukupnya (jangan terlebih rehat pula...)
Sikap adalah paling utama - Gunakan ayat-ayat positif, contohnya : "Saya pasti dapat A dalam Matematik!" (Jangan sebut je, usaha mesti seiring!) - Pastikan diri kita sentiasa bersedia dari segi psikologi dengan menonjolkan sikap positif
Jadi seorang yang kronik usaha (bukan sakit kronik ok?)
Buku rujukan tambahan lama atau baru boleh membantu menambahkan pengetahuan berkaitan dari sudut berbeza
Duduk di barisan hadapan kelas
- Jika terpaksa duduk di belakang, pastikan fokus kita di hadapan (guru)
- Perhatian dan konsentrasi akan meningkat (biasanya kalau di belakang, mesti fikiran melayang pada benda-benda sampingan)
Jangan ketinggalan permulaan dan minit terakhir kelas
- Penting : mungkin ada pengumuman, soalan ujian dan sebagainya
Gunakan pelbagai teknik belajar - Sesetengah buku teks menyertakan CD, gunakan sebaik mungkin (bukan sekadar menunjukkan kehebatan teknologi!) - Gunakan kad indeks untuk ulangkaji pantas - Jadikan nota hafalan seringkas mungkin (berwarna-warni tak semestinya efektif...) - Ingat : Ulangkaji yang kerap akan membawa fakta-fakta hafalan dari Ingatan Jangka Pendek ke Ingatan Jangka Panjang - usahakan!
Ulangkaji nota selepas tamat kelas
- Walaupun untuk 5 minit
- Sesuatu yang ajaib mungkin berlaku!
Baca nota ulangkaji dengan kuat
Kerja rumah yang kemas dan menarik akan membantu dalam pemarkahan
- Jalan pengiraan kemas - Semakan ejaan selepas mengarang - Jika menggunakan tulisan tangan, gunakan pen yang mudah dipadam
Uji guru sebelum mereka menguji anda
- Cuba tanyakan bentuk soalan ujian yang mungkin dikeluarkan
- Tajuk atau topik yang diliputi
Cuba jadi seorang yang mengambil berat dan pakar mengenai ujian
Belajar mengikut jam biologi anda
- Normal?Burung Hantu? Atau Burung Pagi?
Singkirkan tekanan dari hidup
Jangan sesekali ponteng kelas
- Selalunya tidak boleh bertolak ansur oleh pelajar cemerlang
Latihan adalah penawar terbaik
Tawarkan diri untuk menyemak kerja rumah kawan atau menyemak ejaan atau cara pengiraannya (bukan meniru tau!), sebagai usaha belajar juga...
- Study smart, bukan study hard!
Pengurusan masa dan disiplin pasti akan terbayar hasilnya.
Pastikan mental, fizikal dan dalaman sentiasa mantop!
WaJA HEBAT! WaJA CEMERLANG...Dunia Akhirat!
0 comments:
Post a Comment