Sebaik selesai ceramah malam tadi di Telok Mas, Melaka seperti biasa ramai yang datang bersalam. Selepas itu saya pergi minum bersama pihak penganjur di ruang madrasah. Selepas kira-kira 20 minit, saya minta izin untuk beredar pulang. Di perkarangan madrasah, tempat ceramah malam tu, kelihatan seorang anak muda sedang menunggu saya di atas motosikal kapcainya. Seorang anak muda baru berusia menghampiri 20 puluh tahun dan masih belajar katanya. Kalau tak silap saya,namanya Zuddin. Beliau bersalam sambil mencium tangan saya, begitu tertib anak muda ini, terasa malu dan janggal diraikan begitu sekali. Zuddin kata dia selalu melayari blog saya dan kata ia bagus sebab blog saya selalu di update. Terima kasih Zuddin, ada juga rupanya orang Melaka yang mengunjungi blog saya.
Di akhir pertemuan, kami bersalam lagi dan terus beralih duit RM50 dari tangan beliau ke tangan saya. Katanya untuk bantu DUN Paroi. Masya 'Allah anak semuda 20 tahun ini sudah memahami erti pengorbanan dalam perjuangan. Saya teragak-agak untuk menerimanya, mungkin duit ini telah dikumpulnya sikit demi sikit berbulan lamanya , fikir saya. Semoga Allah merahmati dan membalas segala jasa baik Anak muda ini. Saya berdoa mudah-mudahan dia bakal menyambung perjuangan yang suci ini. Zuddin, engkau bakal mengembalikan kegemilangan tamadun Islam di Melaka satu hari nanti. Amin.
SELAMAT DATANG
PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM
Petikan kisah dari kampung admin (^_^)
Petikan dari blog YB ADUN Paroi... sangat menyentuh hati...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment