RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

Siaran Media


JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA (JPR)
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

SIARAN AKHBAR

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA DESAK AGAR PENGANJURAN KONSERT SEMPENA MALAM PERASMIAN STADIUM BARU TERENGGANU PADA 10 MEI DIKAJI SEMULA

Pihak JPR mewakili golongan remaja Islam, mengucapkan tahniah di atas usaha Kerajaan negeri Terengganu menyediakan stadium baru di Gong Badak bagi mengantikan stadium lama di Bandar Kuala Terengganu. Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri tidak mengabaikan potensi dan bakat golongan kami dalam menjadikan negeri Terengganu sebagai satu pusat perkembangan bakat sukan ke arah yang lebih tinggi.

Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang membuatkan kami tidak berpuas hati berkaitan malam sambutan perasmian stadium baru pada 10 Mei ini yang akan dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong. Kami melahirkan rasa tidak puas hati terhadap perkara berikut:

  • Sempena memeriahkan malam perasmian tersebut, beberapa artis telah dijemput untuk mengoda halwa telinga penonton agar terhibur dengan alunan muzik. Ini menyebabkan kami rasa bimbang terhadap peningkatan gejala sosial yang berkaitan dunia muda mudi. Sepatutnya malam tersebut diraikan dengan bacaan Yasin dan Doa Selamat agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.
  • Antara artis yang menghiburkan pengunjung pada malam tersebut adalah saudara Anuar Zain yang sebelum ini mencetus kontrovesi dengan membuat kenyataan pada Majlis Makan Malam “A Nite with Anuar Zain” yang telah berlangsung di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada 2 Mei 2008 lalu; “Pada malam itu, saya akan jadi milik mereka. Jadi mereka boleh buat apa sahaja pada saya. Mereka semua boleh cium dan duduk atas riba saya kalau mereka mahu,”. Ini bukan contoh terbaik bagi golongan remaja untuk ditampilkan sebagai role model mereka.

Besar harapan kami agar kerajaan negeri membatalkan penganjuran konsert pada malam tersebut atau mengadakan satu panduan penganjuran konsert yang selaras dengan syariat agar negeri Darul Iman terjaga dari penyumbang peningkatan masalah remaja yang semakin meruncing kebelakangan ini.


Mohamad Aswadi Mohamad
Setiausaha JPR Terengganu
Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu
33 Tmn Sri Intan , Jln Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu


Bookmark and Share

4 comments:

hassan said...

btul2 ambe sokong 100%..kaji balik..bawk pendekatan lain yang lebih bagus.

Syed .Z said...

Alaaa jgn la mengelebah tibah sgt, biasa la konsert2 skit. tp tahulah nak kontrol, kat arab pun rasmi2 ada jgak nyanyi2 tp sbb nyanyian arab dlm bahasa arab bermakna mereka lebih islam?

Imanulnaim Enterprise said...

kita nak mengelakkan kemudaratn yang besar dengan menghapuskan kemudaratan kecil...gitu je...

Imanulnaim Enterprise said...

kita nak mengelakkan kemudaratn yang besar dengan menghapuskan kemudaratan kecil...gitu je...