RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

Kem Perkaderan Remaja Islam 2008

Kem Perkaderan Remaja Islam 2008 (KPRI 2008) telah dilangsungkan dengan jayanya di Kem Lata Belatan, Setiu meskipun dalam cuaca yang di luar jangkaan. Seramai 120 peserta lelaki dan 66 peserta perempuan telah menyertai program yang bermula pada 29 hingga 31 Mei 2008 ini. Program ini telah dirasmikan oleh YB Ustaz Dato' Harun Taib, Ketua Dewan Ulama' PAS Terengganu.

Setiap slot kuliah yang disertai pula sangat bermanfaat dalam memberi kefahaman mengenai tugas generasi muda sebagai penyambung tugas khalifah di muka bumi ini. Tidak ketinggalan juga slot bersama Dr. Azman, iaitu "Kelebihan Solat Dari Sudut Al-Quran dan Saintifik" yang dirasakan agak singkat walaupun banyak pengisian yang sangat menarik minat peserta. Pada tengahari Jumaat, peserta-peserta lelaki dibawa keluar dari kawasan kem untuk bersolat Jumaat di masjid, manakala peserta perempuan disediakan slot khas bersama Nisa' Terengganu.


Hujan yang turun pada sebelah petang dan menjadikan tanah agak licin dan berlopak tidak menghalang kseseronokan peserta-peserta menyertai pelbagai permainan, aktiviti berkumpulan bersama fasi dan aktiviti jungle tracking yang disediakan walaupun tidak berkasut. Sudah pasti aktiviti mandi sungai sentiasa menjadi tumpuan peserta-peserta.


Diharapkan agar selepas ini, peserta-peserta terlibat masih berhubung dengan urusetia dan fasilitator bagi memastikan ikatan ukhwah yang terjalin atas dasar Islam ini membuahkan hasil yang bermakna untuk jemaah.














Bookmark and Share

2 comments:

Syaikh al-Bakistani said...

apalah ketinggalan zaman.. Tok Guru Haji harun Taib bukan Ketua Dewan Ulama Pusat dah, sekarang ni Ustaz Mad Daud Iraqi.....

Tuan guru sekarang ni jadi ketua Pembangkang Kerajaan Negeri terengganu, merangkap AJK Ahli majlis Syura Ulama PAS Pusat dan AJK dewan Ulama PAS pusat....

nasikerabupetro said...

Berhemah betul cara saudara menegur...