RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

Remaja : Darah Muda Panas Membara

Jangan Mengundang Bencana, Darah Muda Panas Membara PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online
Sunday, 22 June 2008
The image “http://buletinonline.net/images/berita6/konsertctrawarna.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Kuala Terengganu - Kerajaan Negeri Terengganu diberi ingatan supaya jangan mengundang bencana yang akan melanda, akibat masalah sosial yang lebih parah dengan terus menganjurkan konsert dan hiburan terbuka.

Dalam tempoh tidak sampai enam minggu dari 10 Mei lalu, sehingga minggu ini, kerajaan negeri telah menganjurkan sebanyak enam konsert dan hiburan terbuka yang dikhuatiri akan meninggalkan kesan negatif kepada rakyat, khususnya dikalangan muda mudi.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/alga.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.“Bulan Mei menyaksikan dua konsert yang dianjurkan, pembukaan Stadium Utama Kompleks Sukan Gong Badak dan pembukaan SUKMA, lepas tu konsert penutup SUKMA,
”minggu ini pula, dua malam berturut-turut, program penutup Citrawarna Malasyia diadakan konsert atau hiburan terbuka di Dataran Shahbandar,” kata Pengerusi Jabatan Pembangunan Remaja Terengganu (Waja Terengganu), Mohd alGhazali Abu Bakar kepada Buletin Online kelmarin.

Beliau berkata Waja Terengganu telah membuat dan mendapati lapan puluh peratus mereka-mereka yang hadir dalam konsert dan hiburan terbuka tersebut adalah dikalangan muda mudi berumur diantara 12 hingga 35 tahun.

”Darah orang muda panas membara, walaupun mungkin suasana konsert dan hiburan tersebut agak terbuka tetapi secara
The image “http://buletinonline.net/images/berita6/bencanakonsert2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. terang-terangan mereka berani melakukan aksi yang dianggap ‘panas’ dan agak keterlaluan,
”itu dikhalayak ramai, dibelakang tak tahu apa yang akan mereka lakukan,” kata alGhazali.

Buletin Online telah memaparkan beberapa berita sebelum ini berkenaan tingkah laku muda mudi semasa menghadiri konsert dan hiburan terbuka yang dianjurkan kerajaan negeri.

Perlakuan muda mudi yang agak keterlaluan dapat dirakam menunjukkan bahawa memang mereka mengambil kesempatan dari penganjuran konsert dan hiburan terbuka tersebut untuk melakukan sesuatu diluar batasan akhlak dan moral.

Menurut alGhazali kebimbangan kita (Waja Terengganu) adalah meningkatnya gejala social yang berlaku sekarang ini, sekiranya tidak dibendung, ia akan menjadi barah yang parah.

The image “http://buletinonline.net/images/berita6/bencanakonsert5.jpg” cannot be displayed, because it contains errors. Beliau berkata dari kajian yang dibuat juga banyak faktor-faktor luaran yang mendorong muda mudi untuk melakukan maksiat dan jenayah, antaranya aktiviti luar yang bebas misalnya konsert dan hiburan terbuka.

Selain itu menurut beliau, terlalu banyak bahan-bahan lucah yang beredar di sekeliling persekitaran hidup muda mudi termasuk dari media cetak dan elektronik khususnya internet.

“Apabila terdapat rangsangan, darah muda yang panas memang sukar dikawal, sebagai contoh berlaku di Kemaman, seorang pemuda berumur 28 tahun sanggup mengajak kakak iparnya melakukan zina hanya kerana teruja ketika menaiki motosikal,” tambah alGhazali.

Manakala seorang pendakwah muda, Ustaz Nasir bin Abd Razak, 33, menyatakan bahawa orang muda sendiri yang tahu bagaimana pergolakan yang berlaku dalam diri muda mudi.

Beliau berkata tarikan antara lelaki dan perempuan adalah sesuatu yang semulajadi wujud dalam setiap orang, terutama golongan muda yang lebih tinggi ‘ghairahnya’.The image “http://buletinonline.net/images/berita6/nasir.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

”Sekiranya diadakan konsert atau hiburan terbuka yang bercampur gaul antara lelaki dan perempuan,

”maka dengan mudah akan berlaku perkara-perkara yang terlarang,
”maksiat dan membawa kepada perzinaan,” ujar Ustaz Nasir ketika dihubungi oleh Buletin Online.

Justeru menurut beliau penganjuran konsert dan hiburan terbuka seolah-olah menjadi satu program yang menggalakkan gaya hidup bebas yang akan membawa kepada masalah sosial.

Tinjauan Buletin Online di Dataran Shahbandar semalam, sempat merakam beberapa aksi muda mudi yang mengambil kesempatan dari hiburan terbuka yang diadakan sempena program penutup Citrawarna Malaysia.

Waja Terengganu sebelum ini pernah membuat desakan agar kerajaan negeri penganjuran konsert sempena pembukaan Stadium Utama, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di kaji semula.

Bookmark and Share

0 comments: