RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

Update : Jom Pakat Khitan

Pelbagai peristiwa lucu berlaku sekitar program Jom Khitan anjuran Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Terengganu dengan kerjasama PAPISMA Terengganu dan AJK Majis Jamek Pengadang Baru. Seramai 53 orang kanak-kanak berjaya dikhitankan pada hari tersebut. Sasaran awal adalah seramai 60 orang peserta, namun beberapa orang telah menarik diri kerana belum bersedia.

Sementara menunggu giliran, AJK Skuad Waja bertugas telah memasang beberapa video tayangan seperti Usop Sontorian : Jom Berkhatan dan animasi popular Upin dan Ipin. Yang melucukan, apabila terdengar jeritan peserta yang sedang disunatkan, urusetia akan menguatkan 'volume' televisyen bagi mengelakkan peserta yang sedang menunggu giliran berasa ngeri. Ada juga yang enggan disunatkan hinggalah apabila diberikan RM 10 oleh urusetia, dengan selamba naik ke katil untuk disunatkan.

Kami amat menghargai kerjasama yang komited yang diberikan oleh PAPISMA (Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia) dan Ahli Jawatankuasa Majis Pengadang Baru. Sebelum ini, Jabatan Pembangunan Remaja (Skuad WaJA) telah beberapa kali menerima pelawaan AJK Masjid Pengadang Baru bagi mengadakan program cuti sekolah untuk pelajar-pelajar dan remaja sekitar DUN Alor Limbat khasnya dan kawasan Marang amnya. Manakala bagi PAPISMA, ini adalah kali pertama jalinan untuk sebuah program dilaksanakan.

PAPISMA merupakan pertubuhan berdaftar yang mengumpulkan ahli-ahli yang terlibat dalam bidang perubatan melliputi doktor, medical assistant (MA), doktor gigi, ahli farmasi dan sebagainya. Selain melibatkan diri dalam program kebajikan berkaitan perubatan, hasrat PAPISMA untuk bekerjasama dengan Skuad WaJA Negeri Terengganu dalam mendekati golongan remaja amat kami alu-alukan.

Untuk adik-adik Waja yang bercita-cita untuk menjadi doktor muslim yang terbaik dan menjadi contoh atau melibatkan diri dalam bidang perubatan, bolehlah melawati laman web PAPISMA.

Kita lihat gambar doktor dan pembantu perubatan bertugas sekitar program Jom Pakat Khitan baru-baru ini.






















Bookmark and Share

0 comments: