Bumi Palestin merupakan bumi yang suci, ianya merupakan tanah tempat tinggalnya para anbiya' dan juga para ulama. Kini Palestin dijajah, ditindas oleh manusia Zionis Israel Jahanam yang merompak hasil usaha, tanah, tanam-tanaman serta kehidupan di Palestin.
Palestin kini ditadbir dan diurus oleh HAMAS, yang merupakan Gerakan Islam yang dipilih oleh suara rakyat dalam pilihanraya di Palestin. Namun ianya tidak diberi keadilan dan bantuan oleh negara jiran Rejim Zionis termasuk sekutunya Mesir & US.
Malangnya, sokongan mereka kepada HAMAS tidak mendapat restu dunia. Mereka akhirnya dihukum kerana sokongan mereka itu. Makanan disekat. Pintu sempadan ditutup. Air dicatu, elektrik diputuskan. Ubat-ubatan tidak dibenarkan dibawa masuk. Bahan binaan juga dilarang. Pendek kata, semuanya tidak boleh. Satu-satunya perkara yang mereka boleh dapatkan dengan senang dan percuma adalah udara untuk disedut ke dalam dada - itupun tercemar dengan bahan kimia - fosforus - daripada bom-bom Israel. Kalau udara boleh disekat daripada masuk ke Gaza, nescaya udarapun mereka tidak akan dapat. Tinggallah terlolong-lolong di dalam penjara terbesar itu, tiada siapa peduli.
Namun, sebagai sebuah parti pemerintah yang sama-sama merasai azab yang ditanggung rakyat, HAMAS memanjangkan akal mencari kaedah untuk membawa masuk bekalan makanan dan keperluan ke Gaza. Mereka mula membina terowong dan 'menyeludup' barangan daripada Mesir melalui terowong tersebut. Dalam masa yang singkat, terowong bercambah dengan cepat dan bilangannya bertambah dengan mendadak. Dengan terowong itu, penduduk Gaza bolehlah sedikit menyambung hayat.
Namun, usaha musuh tidak pernah putus untuk menghancurkan HAMAS. Israel mengebom terowong-terowong tersebut. Tak berjaya. Akhirnya, Israel menyuruh Mesir menanam tembok besi di tengah-tengah terowong di sempadan Gaza dan Mesir, sehinggakan penduduk Gaza tidak lagi dapat menggunakan terowong tersebut. Bukan itu sahaja, Israel bahkan akan mengalirkan air laut ke dalam terowong-terowong tersebut, sehinggakan terowong itu dipenuhi air masin dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Maka ada usaha untuk membawa bantuan dari badan NGO dan kesatuan seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestin yang digelar Viva Palestin.
beberapa minggu ini, bantuan tersebut disekat dan dihalang oleh kerajaan Mesir. Malahan mereka turut dicederakan dan dipukul serta ditangkap konvoi yang ingin masuk ke Gaza. Termasuk seorang Ahli Parlimen Britain George Colloyway.
Dan semalam Dewan Pemuda PAS pusat telah melakukan demonstrasi untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan Mesir agar diberikan pelepasan kepada konvoi Viva Palestin.
Dan kini khabar baru diterima, konvoi tersebut telah dibenarkan untuk masuk ke sempadan Gaza bagi memberikan bantuan kepada rakyat Palestin.
Semoga kita semua dapat mendoakan bagi mereka yang ingin membantu saudara kita di sana. Ya Allah selamatkanlah bumi Palestin...Amin
Timbalan Pengerusi WaJA
Aeman Fadhil.
0 comments:
Post a Comment