RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM IKHWAN




15-16 Jan 2010 | D Teratai Rantau Abang

Seramai 30 orang wakil AJK JPR Kawasan & Negeri Terengganu, telah bertemu dalam satu program brainstorming untuk merangka kerja dan memahami bidang tugas dalam aktiviti Skuad WaJA.

Program dimulakan taklimat oleh sdra Alghazali selaku Pengerusi Skuad WaJA, kemudia disusuli sesi taaruf bersama peserta lain. Sesi setersunya ialah taklimat Pengurusan Strategik JPR 2010-2013 bagi pelaksanaan yang bersistematik dan berterusan oleh En. Aeman.

Sebelah petang pula program diteruskan dengan perlaksanaan modul riadah bersama 4 kumpulan yang membentangkan jenis dan kaedah modul menggunakan tali, kertas mahjung, belon dan bola. Memang meriah dan kreatif dengan gaya dan idea yang diberikan.

Sebelah malam pula program disambung dengan kuliah Maghrib oleh Al FAdhil Ustaz Satiful Bahri Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Terengganu. Dalam ucapan beliau banyak menekankan kaedah psikologi dalam menghadapi mad'u iaitu remaja. JPR yang akan menyambung tradisi menghampiri remaja masa kini yang begitu ketara akhlaknya.

Kemudian sesi brainstorming program peringkat kawasan telah dilakukan, pelbagai agenda yang dibentangkan untuk perjalanan program masing-masing di peringkat kawasan Besut hinggalah ke Kemaman.

Pagi keesokan pula Slot Kuliah bersama Al Fadhil Ustaz Mohd NOr Hamzah Ketua Pemuda Pas Terengganu menceritakan akhlak keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam mendidik sahabat baginda untuk meneruskan dakwah. Beliau turut membentangkan hasrat Pemuda yang mahu dilatih agar menjadi generasi pelapis kepada Saf kepimpinan yang ada sekarang.

Majlis kemudia diahiri dengan slot SWOT dan Doa Wehdah agar hubungan serta tautan hati kami diperkuatkan oleh Allah dalam meneruskan gerak kerja ini.















Bookmark and Share

0 comments: