RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

KURSUS FASILITATOR WaJA NEGERI TERENGGANU

Nak membentuk ahli-ahli Skuad WaJA bukan mudah... Nak menyelami dunia remaja bukan senang... Tambahan pula bila yang nak membimbing tu dah lebih 10 tahun tinggalkan "alam muda"... Untuk membimbing adik-adik Skuad WaJA ni, satu kursus khas untuk fasilitator-fasilitator yang akan menjadi membimbing ahli-ahli WaJA di tempat masing-masing telah diadakan. Jom kita tengok

KURSUS FASILITATOR WaJA NEGERI TERENGGANU

Tarikh : 23 & 24 Jun 2005
Tempat : D’Rantau Beach Resort, Rantau Abang, Terengganu
Jumlah Peserta : 100 orang dari seluruh Negeri Terengganu
Pengisian : Ice-Breaking, Pembahagian Kumpulan Bermodul, Teori dan LDK Asas Fasilitator dan Bahtera Penyelamat
Fasilitator : Cikgu Mohd b. Draman dan Cikgu Raja
Pembantu Fasilitator : Kelab Fasilitator Terengganu

Pada awal perancangan program ni, cuak juga… sebab peringkat negeri tapi tenaga yang buat verja ada la dalam 8-10 orang je.huhu… Tak sangra ramai yang datang, Alhamdulillah… kebanyakannya peserta ni ramai yang dah kerja stabil. Peserta paling muda, Sofia berumur 18 tahun, paling tua, Ustaz Muzammil, 40 tahun. Haha… Pembantu fasilitator paling muda pulak, Asmadi, 19 tahun abang pada Sofia…

Kami menjadi urusetia dan serentak menjadi pembantu fasilitator. Penat juga la… Apa yang dapat dilihat, pada mulanya, ada juga yang buat muka “tak redho” masa mula-mula sampai… Tapi, spot yang paling melucukan “BAHTERA PENYELAMAT” memang penyelamat. Slot ini yang paling meninggalkan kesan pada semua. Tak da yang tak tergelak… Semua macam nak pecah perut ketawa…

Bayangkan.. setiap kumpulan perlu mempersembahkan apa yang mereka kutip dalam modul Harta Karun pada waktu petangnya…Mereka dikehendaki mengambil 3 benda hidup dan 3 benda bukan hidup dalam masa mencari harta karun. Antara benda hidup yang dikutip ialah belalang, semut, kucing, pokok, buah kelapa, buah-buah liar dan sebagainya. Manakala benda bukan hidup pula, pelepah tua yang dah mati, kuali, plastik, tayar, botol air dan sebagainya.

Setiap kumpulan perlu mencipta sebuah bahtera yang tak pernah lagi dicipta di dunia ini dan boleh menyelamatkan muatan bahtera. Antara yang paling kelakar ialah ada kumpulan yang mengutip kuali sebagai salah satu bahan. Dalam huraian pembentangan, mereka menyebut pada waktu cuaca elok, kuali itu diibaratkan sebagai parabola yang membolehkan mereka menonton siaran televisyen pelbagai negara. Jika pada waktu cuaca buruk atau lapar, parabola akan diturunkan dan dijadikan kuali untuk memasak… Sakit perut kami ketawa…

Ada juga yang menyediakan kubur untuk krew anak kapal di dalam bahtera, iaitu kubur untuk semut yang telah mati akibat terlalu lama dipegang. Huhu… Macam-macam… Yang memegang kucing pulak…Jenuh nak menjaganya…

Ala kulli hal… semua mendapat ilmu dan mencipta kenangan tersendiri. Dari kursus ini juga telah menjalinkan rangkaian persahabatan untuk Kelab Fasilitator Terengganu. Moga-moga dapat diadakan lagi pada masa akan datang….


Slot Mencari Harta Karun


Mencipta Bahtera Penyelamat


Usaha mewar-warkan Bahtera Penyelamat masing-masing adalah yang terbaik


Tak tahan gelak...huhu...


Memang lawak...



Penutup program


Ukhwah terjalin berkekalan, insyaAllah


Urusetia dan Pembantu Fasilitator


Amboi? Panca Sitara ke?



Imbasan Program....





Bookmark and Share

0 comments: