RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

MONSOON CAMP – Skuad WaJA Kemaman

Tarikh : 9 Disember 2005 (Jumaat & Sabtu)
Tempat : Sebuah Resort di Kemaman
Jumlah Peserta : 80 orang dari Kawasan Kemaman
Pengisian : Selayang Pandang, Bahtera Minda, Kembara Bermisi,

Kesemua fasilitator telah bertolak dari Kuala Terengganu pada jam 10 malam dan sampai di Kemaman pada jam 12.30 malam. Fasilitator perempuan bermalam di TATI manakala fasilitator lelaki bermalam di rumah sewa seorang fasilitator.

Selepas bersarapan, kami mengemaskan tempat program dan berbincang sedikit sebanyak mengenai perkara teknikal. Bos pimpinan Skuad WaJA Terengganu, Saudara Al-Ghazali hanya hadir untuk memastikan program berjalan dengan baik. Beliau bersama setiausahanya, Saudara Aeman akan ke Pahang kerana esoknya majlis walimahnya… Ish…ish… ish… kehidupan seorang pejuang…. Sempat lagi tu .

Saudara Ikhwan akan menjadi moderator dan pengarah program kali ini. Seperti biasa, memang peserta akan buat muka tak “redho”… tapi, Alhamdulillah, moderator berjaya memecah kebosanan peserta dengan aksi-aksi dan ayat-ayat lawaknya…

Peserta kali ini baik-baik semuanya, kurang bermasalah dari segi pelajaran atau sosial. Mungkin kerana kebanyakannya dari kalangan keluarga terpelajar dan akademik yang mengawal dan memenuhkan masa hidup mereka dengan belajar.

Slot yang paling menarik ialah slot Kembara Bermisi. Semua peserta menutup mata sambil berjalan dipandu oleh fasilitator. Pelbagai gelagat dapat dilihat sepanjang kembara.

Seingat kami, program WaJA Kemaman hádala yang paling mewah di mana pada masa penutup, setiap peserta diberikan cenderahati penanda buku yang cantil dan nampak mal cetakannya… Manakala fasilitator pula dibayar duit minyak dan elaun … huh? Biasa la kan… orang duk kat minyak…hehe…

Ala kullihal… moga-moga program diteruskan walaupun tidak menggunakan fasilitator WaJA negeri lagi….


Sebahagian abang fasilitator


Sebahagian kakak fasilitator

Gambar lain akan diupload kemudian...

Bookmark and Share

0 comments: