RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

Tips Menjadi Pelajar Cemerlang

Perkongsian ilmu dan pesanan buat pelayar blog Skuad WaJA...
(Baca : Ahli Skuad WaJA yang berumur 7 hingga 17 tahun. ;))

35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-1. kita ingat 10 % apayang dibaca
-2. kita ingat 20% apa yang didengar
-3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

-1. pastikan cahaya adalah terang
-2. kurangkan gangguan bunyi
-3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-5. kerusi dan meja menghadap kiblat
-6. jangan lupa untuk senyum
7. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
8. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
9. Tahu teknik merangsang memori:
-1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-3. mengingat kembali (recall)
-4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
10. Sentiasa awal dan mendahului:
-1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
13. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
14. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-2. memberikan tumpuan sepanuhnya
-3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
16. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
17. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
18. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
19. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
20. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
21. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
22. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
23. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
24. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
25. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
26. Tahu petua mengulang kaji
-1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
-3. duduk tegak dikerusi yang selesa
-4. baca doa penerang hati
-5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-6. fikir dan ingat kembali isi utama
-7. catat/lakar
-8. semak semula ketepatan maklumat
-9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-10. buat rumusan
-11. jawab soalan
-12. tampal maklumat yang rumit di dinding
-13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
28. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
29. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-1. jangan makan kepala ikan
-2. jangan makan organ dalaman
-3. jangan minum semasa makan
-4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-5. jangan melihat kemaluan
-6. jangan melihat buih
-7. jangan membaca nama pada batu nisan
-8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-10. banyakkan makan kekacang
-11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
-13. jangan kencing berdiri
31. Tahu kemahiran mengingat:
-1. tampal nota-nota penting di dinding
-2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-3. gunakan kaedah akronim
-4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
33. Cekap mengatur jadual belajar:
-1. mempunyai jadual belajar
-2. patuh kepada jadual
-3. buat jadual yang boleh diikuti
35. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
36. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
37. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
38. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
39. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
40. Pelbagaikan tempat belajar.
41. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
42. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
43. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-1. taat kepada Allah
-2. mendirikan sembahyang
-3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-4. hormati & sayangi guru
-5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-7. membantu rakan yang memerlukan
-8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
-9. sentiasa bertawakal
-10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

Disediakan oleh;
Biro Akademik dan Kebajikan
Jabatan Pembangunan Remaja
Negeri Terengganu

Bookmark and Share

31 comments:

Anonymous said...

terima kasih kerana menyediakan blog yang saya kira amat berguna kpd remaja2.boleh tak siarkan artikel bagaimana mahu menjadi pelajar@remaja mengikut kehendak islam

Unknown said...

akak saya ingin tanya saya menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini ... saye ingin tanya kenape tidak boleh tengok nama pada batu nisan.

Unknown said...

akak saya ingin tanya saya menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini ... saye ingin tanya kenape tidak boleh tengok nama pada batu nisan.

Unknown said...

akak saya ingin tanya saya menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini ... saye ingin tanya kenape tidak boleh tengok nama pada batu nisan.

gagak hitam said...

aqu pon same gak farah nape kite tak leh tengok name pada batu nisan....

Anonymous said...

artikel yang sangat berguna untuk saya.saya setuju dengan pendapat yang inginkan artikel bagaimana mahu menjadi pelajar@remaja mengikut kehendak islam.mungkin dengan itu saya dapat menjadi seorang pelajar yang lebih cemerlang lagi. tq

Mine story said...

terima kasih sbb memberikan tips yg berguna... lagipun thn ni sy UPSR..

teNGku khairaNi said...

terima kasih kerana menyediakan tips ini..ia amat berguna kpda saya..dgn tips ini,semoga saya akan cemerlang dlm pmr tahun ini..^_^

shuhadha said...

Saya akan menghadapi peperiksaan PMR pada tahun ini tapi saya begitu mudah lupa apa yang diajari oleh guru. Kadang2 saya berasa takut dan stress. boleh tak tolong bagi tips untuk saya mengekalkan budaya hidup yang sihat seperti rajin, bersemangat, yakin dan mengejari apa yang diingini. saya pasti akan menggamalkannya dan saya akan sentiasa menunaikan solat tapi itu hanya sementara apabila saya menjadi malas saya akan tinggalkan budaya ini lepas tu rajin balik. bagaimanakah saya mahu kekalkan amalan yang boleh membawa kejayaan kepada saya. boleh tak beritahu cara-cara terutama cara untuk menguasai sains, matematik dan inggeris. assalamualaikum.

shuhadha said...

saya harap saya akan mendapat 8A PMR. bagaimanakah saya ingin mengekalkan gaya hidup yang cemerlang dan sihat. saya sentiasa akan tinggalkan tabiat yang baik selepas beberapa hari dan kali saya amalkannya. lepas itu saya akan menjadi malas kembali.tolong beri saya beberapa tips uuntuk berjaya

NOR AIN AJAMAIN said...

tahun ni sy PMR. sy merupakan pelajar cemerlang tp sejak akhir2 ni sy jd malas utk belajar. ibu bapa harap sy dpt skor 8A pmr. sy pon hrp cem tu gak. tp sy binggung. sikap malas melebihi segalanya :/

Manusia Jadian said...

terima kasih kerana menyediakan tips yang amat berguna untuk saya dan rakan rakan yang lain .

Manusia Jadian said...

terima kasih kerana menyediakan tips yang amat berguna untuk saya dan rakan rakan yang lain .

FiRdaUs nAzmAn said...

saudara shuhadha....bila saya tengok cerita awak..saya rasa saya dapat mentafsirkan bahawa awak tidak mempunyai mtlamat yang betul-betul nak berubah....ini kerana mungkin awak terlalu mengejar cita2 awak..dan apabila awak menemui kesukaran dan dilanda masalah malas..awk akan tinggalkannya....jadi jalan penyelesaiannya ialah...awak kena lihat balik pada diri awak...yang penting lepas solat btul2 minta doa pada ALLAH....PERUBAHAN YANG BERSUNGGUH2..YANG DTNGNYA DARI HATI..AKAN MEMBUAHKAN HASIL YANG X DISANGKA2..PERCAYALAH PADA KEAJAIBAN ALLAH S.W.T...

Anonymous said...

Terima kasih banyak-banyak. Nak amalkan tips nih :P

Always SMILE!

ayuki said...

terima kasih kerana telah menyediakan blog yang amat berguna kepada golongan remaja seperti kami.ini akan lebih membantu golongan pelajar seperti kami dalam membuat persediaan sebelum peperiksaan..

chunlyeen chin said...

blog ni da bnyk membuat saya berubah...saya menjadi pelajar yg cemerlang pda thun ni...heheheheheh

chunlyen chin said...

pada thun ni saya menghadapi spm ...saya nk tnya bagaimana nk mendapat 9A dalam peperaksaan nti??

Anonymous said...

Trima ksih sbb da brikn keterangan tntng cara-cara & ciri-ciri

Anonymous said...

Trima ksih krna mmbrikn ktrangn tntng cara-cara & ciri-ciri

Anonymous said...

cara mengatasi sikap malas

Anonymous said...

cara mengatasi sikap malas

Minda GXTRA said...

Banyak tips yang bagus untuk diamalkan cuma saya saja nak kongsikan satu maklumat penting iaitu amalan yang boleh mencerdaskan minda yang saya jumpa di laman web http://idea-cyber.com/percuma/ebookreport banyak membantu dalam menjaga pemakanan untuk mengelakkan masalah lemah IQ di kalangan pelajar. Cubala anda baca dan amalkan

azwin said...

akak,tolong saya!saya selalu x bole tumpukan perhatian semasa belajar die dalam kelas.mungkin saya terpegaruh dgn kwn?

Sya ank Malaysia said...

Tima ksh.Sya ska dngn post ni sngt2.Ia snggh mmbntu prses pmblajtn sya

hany said...

terime kasih kak
saye baru bace blok ini
tips ini sangat bermanfaat untuk saye

Anonymous said...

wow hebat.. wow wow hebat hebat..informasi yg brguna!!!!
~SM SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA~ #BATCH 1216# #GURZLSSS 2A1# *PEACE YOW*

Anonymous said...

HIDAYAH AWESOME!!!

MR NOBODY said...

LIKE......

NUR YUSAINI said...

TERIMA KASIH ATAS TIPS INI SAYA SANGAT MENGHARGAINYA ... YOU DO THE BEST

NUR YUSAINI said...

DAN SEKARANG SAYA SUDAH MENJADI PELAJAR CEMERLANG ATAS TIPS INI TERIMA KASIH ...