RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM
0

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010

TEAM WAJA mengucapkan Ahlan Wasahlan ke Sekolah bagi smeua adik-adik remaja yang terus mencari kecmerlangan dalam kehidupan. Tida lupa juga kepada adik-adik yang baru menaiki alam persekolahan Tingkatan Menengah yang beralih dari darjah enam dulu. Bersedialah untuk mengharungi satu episod baru dalam kehidupan.

Bagi adik-adik lepasan SPM & STPM, ingatlah pesanan S.A.W. 5 perkara sebelum 5 perkara, terutamanya Ingat Masa Lapangmu Sebelum Masa Sibukmu. Isilah dengan perancangan yang teliti dan kesungguhan.

Jangan abaikan masa kerana ianya tida akan berulang kembali menemuimu, jangan risau dan rungsing apa yang telah dibuat masa lalu, terus ke hadapan agar diri maju dan bersedia menuju Rabbu Izzati.

sekadar perkongsian bersama ye...



Salam Hebat 2010
Read more
1

TIMBALAN MURSYIDUL AM SUDAH PULIH



Salam untuk semua Wajarian, mari kita doakan kesihatan kepada Ustaz Prof Dr Harun Din, yang menglami sakit dada, dan kini dirawat di IJN.

Doa ini dibaca ketika menjenguk orang yang sedang sakit. Doa ini dijarkan oleh Rasulullah saw dan Ahlul baitnya (sa).

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على محمد وآل محمد
اَللَّهُمَّ اَزِلْ عَنْهُ الْعِلَلَ وَالدَّآءَ، وَاَعِدْهُ اِلَى الصِّحَّةِ وَالشِّفَآءِ، وَاَمِـدَّهُ بِحُسْنِ الْوِقَايَةِ، وَرُدَّهُ اِلَى حُسْنِ الْعَافِيَةِ، وَاجْعَلْ مَانَالَهُ فِي مَرَضِهِ هَذَا مَادَةً لِحَيَاتِهِ وَكَفَّارَةً لِسَيِّئَاتِهِ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّـدٍ

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

Ya Allah, hilangkan dari dirinya penyakit, kembalikan dia kepada kesehatan dan ke-sembuhan. Bantulah dia dengan sebaik-baik perlindungan, dan kembalikan dia kepada sebaik-baik kesembuhan. Jadikanlah apa saja yang dirasakannya pada waktu sakitnya sebagai pahala untuk kehidupannya dan penghapus atas segala kesalahan-nya. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.
(kitab Mafatihul Jinan, kunci-kunci surga).
Read more
1

PERUTUSAN AIDILFITRI DARI PESURUHJAYA PAS TERENGGANU




Kita ucapkan selamat menamatkan ibadat puasa yang berkat pada bulan Ramadan ini dan kita mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat di dalam negara kita ini khususnya, dan juga kepada umat Islam di negara lain (seluruh dunia).

Termasuklah kepada bangsa-bangsa agama lain juga kita mengharapkan mereka bergembira di dalam menyambut Aidilfitri dan mengharapkan mereka dan kita semua (orang Islam) dapat merasa betapa nikmatnya (ajaran) Islam (itu) khususnya dari sudut perpaduan, walau pun berlainan bangsa, bahasa, dan berlainan warna kulit. Tetapi (dalam menyambut Aidil Fitri) kita sangat terasa terikat oleh satu ikatan iaitu ikatan aqidah, ikatan ukhuwwah dan persaudaraan Islam.

Jadi sama-samalah kita berseru supaya Allah SWT menambahkan lagi semangat persaudaraan Islam. Walau pun di mana jua mereka (kita) berada, apa bahasa yang mereka cakapkan (tuturkan).

Seruan khusus saya kepada pejuang-pejuang Islam, sebagai salah seorang ahli parti, saya menyeru semua penyokong-penyokong parti, peminat-peminat parti supaya mereka terus terus menyalakan semangat juang dengan semangat Ramadan ini, di dalam lubuk hati dengan mengharapkan bahawa perjuangan ini adalah satu perjuangan yang suci yang dikehendaki dan dituntut oleh Allah Ta’ala.

Dan segala apa (jua) rintangan yang mereka lalui itu adalah rempah ratus perjuangan sahaja, dan bukanlah menjadi penghalang kepada (mencapai) kejayaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi yakinlah kepada para perjuangan Islam, sesungguhnya walau pun malam itu dilihat gelap tetapi fajar akan menyinsing juga pada bila-bila masa.

Bagi mereka yang belum bersama perjuangan Islam, kita mengharapkan mereka tidak menangguh-nangguhkan waktu untuk bersama-sama (dengan perjuangan Islam) supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT dan supaya kita sama-sama memberi saham dalam perjuangan ini.

Kepada mereka yang masih mahu menjadi penghalang dan penentang kepada perjuangan Islam, kita harapkan mereka boleh menggunakan ’renungan tajam’ mereka itu supaya mereka dapat (boleh) melihat sebenarnya, kebaikan Islam dan perjuangan Islam (dan) supaya berhentilah dari terus menerus menentang Islam.

Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam.

Jadi, oleh sebab itu sudah sampai masanya kepada orang Umno supaya (dia) insaf , dia (berpatah) balik kepada agama dan jangan pakai lagi fahaman-fahaman dari luar yang datang daripada luar Islam dan balik semula kepada usul asal mereka sebagai orang Islam (yang) beramal dengan ajaran Islam.

Kepada anak-anak Terengganu di perantauan kami dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak banyak kain-kain rentang yang dipasang, secomel dan secantik yang dibentangkan oleh parti lawan, kerana kami tidak tahu dia dapat wang daripada mana, (sehingga) mereka dapat menyediakan kain rentang yang cantik, tetapi sekadar wang yang ada pada kami, (kami) buatlah kain rentang ”Selamat Pulang Perantau, Selamat Hari Raya Bersama Keluarga”. Di samping itu kami harap jangan lupakan kami sebagaimana kami tidak melupakan tuan-tuan dan puan-puan.

Maka kunjungilah kami jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian pulang dari perantauan ke tempat sendiri untuk berhari raya. Kami adakan majlis hari raya untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada 3 Syawal tahun ini.

Walau pun tempat kami tidak secantik mana dan makanan tidak selazat mana tetapi sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian kerana itu sangat mengembirakan kami pada hari tersebut.

Akhukum FiLlah,

Dato' Ustaz Harun Taib
Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Darul Iman
Read more
0

UCAPAN SALAM MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Read more
0

RAMADHAN KARIM

Read more
0

HIMPUNAN REMAJA ANTI ISA



MENGAPA REMAJA PATUT TENTANG ISA

Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa.

Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu.

Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......



Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...

Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....

Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....

7 tahun telah berlalu




Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.

Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.

Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.

Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...

Bagaikan binatang di zoo

Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.

Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....

Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.

Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.

Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...

*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

SEBARKAN!!!!
Read more
0

SIARAN AKHBAR

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA (JPR)
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI TERENGGANU

SIARAN AKHBAR

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA DESAK AGAR BINTANG PALING POPULAR NABIL DIKENAKAN HUKUMAN DAN DIDESAK MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM

Baru-baru ini, diumumkan saudara Nabil telah memenangi Anugerah Artis Paling Popular Berita Harian 2008. Dalam meraikan kegembiraan dan keseronokan kerana memenangi anugerah tersebut, kamera telah merakam adegan memalukan yang dilakukan oleh saudara Nabil iaitu memeluk rakan artis yang bukan muhrim Irma Hasmie di khalayak ramai dan ditonton selruh rakyat Malaysia menerusi TV3.

Walaupun tidak disengajakan, ianya bertentangan dengan adat dan hukum agama Islam itu sendiri. Malahan artikel akhbar pancaindera keluaran Mingguan Malaysia hari Ahad 19 April 2009 diberikan kenyataan oleh saudara Nabil iaitu “saya tidak menyesal berpelukan dengan dia. Memang saya sangat sayang pada dia. Mungkin tempatnya sahaja yang tidak kena” membuktikan bahawa saudara Nabil memang berniat untuk memeluk di lain tempat.



JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA TERENGGANU mencadangkan bahawa saudara Nabil di’gam’ oleh mana-mana Siaran Televisyen dan didesak memohon maaf ke atas semua umat Islam di atas ketelanjuran percakapan dan perbuatan beliau. Saya juga mengharapkan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Keseniaan mengambil langkah drastik dalam membendung gejala yang lebih teruk menular di kalangan artis.

Mohamad Aswadi Mohamad
Setiausaha JPR Terengganu
Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu
33 Tmn Sri Intan , Jln Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu
Read more
0

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Klik untuk besarkan gambar


@blink : Juga buat semua Skuad WaJA seluruh Negeri Terengganu
Read more
0

TAUBAT SEMPENA RAMADHAN



semoga Allah ampuni diri kita semua Amin...........
Read more
0

Doa Menghadapi Peperiksaan

Klik untuk besarkan...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR, OTI dsb
Read more
0

April's Club

Nah, 4 biji kek 4 tingkat... kongsi-kongsi neh...

Selamat Hari Lahir pada fasilitator WaJA yang menyambutnya pada bulan ini, iaitu ;

Shukur Hadi Abd. Rahman : 12 April
Noor Hamdah Musa : 13 April
Nuha-Fizah Mohd Yusof : 14 April
Diana : 14 April
Aqlima : 15 April
Akrimi : 15 April
Muhammad Faizal Ahmad : 20 April
Khairunnisa' Khairuddin : 21 April
Nor Haslida Hassan (Along) : 22 April

Dan seperti biasa, kita tengok ada benarnya tak kebenaran kajian Dr. Fadzilah Kamsah ni...

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik.
* Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
* Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
* Punya daya mental yang sangat kuat.
* Suka diberi perhatian.
* Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
* Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
* Sangat berani dan tiada perasaan takut.
* Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
* Emosi cepat terusik.
* Cuba kawal perasaan.
* Kecenderungan bersifat pendendam.
* Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
* Kuat daya ingatan.
* Gerak hati yang sangat kuat.
* Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
* Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
* Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Read more
0

Also tu March-rian


Sebelum cik mod dimarahi bos, mod paparkan juga fasi-fasi yang dilahirkan pada bulan Mac...
Selamat Hari Lahir...

- Mohd Khairuldin Abd Rahman : 2 Mac
- Nurul Ashrah Abdullah : 4 Mac
- Muhammad Hafizuddin Ghani : 6 Mac
- Daing Muhamad Fadzil Abd Latif : 16 Mac
- Sabihah Sabri : 19 Mac
- Masilah Mohamed : 25 Mac
- Abdul Hadi Abd Rani : 27 Mac
- Noridayu Badrul : 27 Mac

(Kajian Dr. Fadzilah Kamsah)
MAC

* Berpesonaliti menarik dan menawan.
* Mudah didampingi.
* Sangat pemalu dan pemendam rasa.
* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
* Suka pada kedamaian.
* Sangat peka pada orang lain.
* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
* Tidak cepat marah dan sangat amanah.
* Tahu membalas dan mengenang budi.
* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
* Suka berangan-angan.
* Suka melancong.
* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
* Kelam kabut dalam memilih pasangan.
* Suka dengan hiasan rumahtangga.
* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan




Read more
0

Belated February

A BIG APOLOGISE TO FEBRUARIAN BORN...Huhu...
Siput yang jadik posmen... tu yang lambat tu...

MOHD LUQMAN MOHD ZAMLI : 7 Feb
RUSIAH MOHAMMED : 10 Feb
NORZILA HASHIM : 17 Feb
MOHD SYIHABBUDDIN MOHD : 17 Feb
SAKINAH IBRAHIM: 21 Feb

MOHD ROSWADI SALLEH : 22 Feb
NORIAH AWANG TIH : 23 Feb

(Mengikut kajian Dr. Fadzilah Kamsah)
FEBRUARI

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi







Read more
0

TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH...

Keputusan SPM 2007 telah dikeluarkan kelmarin (12 Mac 2008)... Jadi, macamana dengan penerimaan adik-adik? Kami yakin, keputusan yang diterima menggambarkan usaha adik-adik selama ini. Bagi yang berjaya cemerlang, tahniah kami ucapkan. Tahniah kerana menggembirakan hati penjaga dan guru adik-adik. Bagi yang kurang berjaya, bukan bermakna adik-adik gagal, pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin dengan keputusan ini menggalakkan adik-adik berusaha lebih gigih selepas ini.

Kepada adik-adik yang berjaya cemerlang, bolehlah sms kepada Biro Akademik WaJA iaitu Kak Nurul : 019-9163112 atau . Nyatakan nama adik-adik, keputusan dan alamat adik-adik. Kita akan meraikannya nanti, insyaAllah.

Di sini kami ingin berkongsi kejayaan seorang adik iaitu ahli Skuad WaJA DUN Wakaf Mempelam.
Usianya baru 15 tahun, Maryam Fatini Mohd Zabudin dari Seberang Baruh Kiri ini memperoleh 10A 1B dan bercita-cita menjadi Doktor Sakit Puan. Fatin pernah mengikuti program-program Skuad WaJA DUN Wakaf Mempelam dan Jom Kembali Ke Sekolah DUN Alor Limbat.

Maryam Fatini ketika program WaJA : Jom Kembali Ke Sekolah

Klik keratan akhbar ini untuk membacanya.

TAHNIAH FATIN!


Read more
0

Selamat Tahun Baru Hijrah 1429

Read more
0

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair

SEMOGA KEBAIKAN BERSAMA-SAMA ANDA SEPANJANG TAHUN...
Read more
 

Categories