RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM
2

Remaja cuba terjun bangunan

SEORANG anggota bomba cuba memujuk remaja yang mahu terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kangar semalam.

KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.

pesanan Abg WaJa..janganlah buat keje tak berfaedah ni, takde gunanye..setakat 2 orang perempuan dah tertekan. Macamana kita nak tawan dunia nanti. Eloklah banyak baca buku


Read more
1

YA ALLAH ...KEJAMNYA MANUSIA



sedih dan pilu melihat gambar di atas, memang manusia sudah hilang pertimbangan. Wahai adik remaja ku sekelian jauhilah maksiat & zina. Jangan mulakan kerana ianya akan binasa.

Ketika ditemui bayi ini telah meninggal dunia,bayi ini ditemui di tepi jalan Kg Permatang Duyong, Melaka. Semoga Allah merahmati jenazah bayi ini di alam akhirat.



ya Allah lindungi kami dari malapetaka ini.
Read more
0

JAGALAH HATI ANDA



“Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Siramilah Ia dengan baja Islam
Isilah ia dengan vitamin Iman
Jagalah Ia seolah-olah harta yang kau paling sayang
Jangan kotori dengan akhlak mazmumah

Indahnya hidup Bersyariat, Indahlah Penghabisan kita di Akhirat kelak.
Semoga ALLAH sentiasa berada bersama kita.

Read more
0

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2010

TEAM WAJA mengucapkan Ahlan Wasahlan ke Sekolah bagi smeua adik-adik remaja yang terus mencari kecmerlangan dalam kehidupan. Tida lupa juga kepada adik-adik yang baru menaiki alam persekolahan Tingkatan Menengah yang beralih dari darjah enam dulu. Bersedialah untuk mengharungi satu episod baru dalam kehidupan.

Bagi adik-adik lepasan SPM & STPM, ingatlah pesanan S.A.W. 5 perkara sebelum 5 perkara, terutamanya Ingat Masa Lapangmu Sebelum Masa Sibukmu. Isilah dengan perancangan yang teliti dan kesungguhan.

Jangan abaikan masa kerana ianya tida akan berulang kembali menemuimu, jangan risau dan rungsing apa yang telah dibuat masa lalu, terus ke hadapan agar diri maju dan bersedia menuju Rabbu Izzati.

sekadar perkongsian bersama ye...



Salam Hebat 2010
Read more
0

HIJRAH - DR YUSUF AL QARDHAWI



Hijrah satu kemenangan'

Dalam syarahan beliau itu, Dr Yusuf menegaskan hijrah Rasullullah SAW adalah satu pertolongan daripada Allah SWT yang benar-benar berlaku dan bukannya satu khayalan.

"Dalam al-Quran jelas Allah menurunkan tentera (malaikat) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar . Allah tampilkan mereka tidak lain adalah untuk membantu baginda. Ini jelas di dalam Al-Quran.

"Hijrah adalah satu kemenangan kerana mereka (umat Islam di Mekah) percaya (kepada Allah), mempertahankan prinsip akidah, walaupun dianiaya, diseksa dan pelbagai bentuk penyeksaan," katanya sambil membaca sepotong ayat Al-Quran untuk menguatkan hujahnya.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mengemukakan contoh bagaimana sahabat baginda, Sumayyah dan Ammar ibn Yasir diseksa oleh kaum kafir Quraisy kerana menerima ajaran Nabi Muhammad SAW sebelum baginda berhijrah ke Madinah.

Mereka adalah antara sahabat baginda yang terawal mati syahid dalam sejarah Islam, tambah ilmuan Islam itu.

Menurut Dr Yusuf, selain faktor penyeksaan yang diterima oleh para sahabat baginda, ahli keluarga dan kaum kerabat turut baginda dikenakan tekanan sosial dan diboikot dalam bidang ekonomi, menyebabkan Allah memerintahkan baginda berhijrah ke sana.

Dr Yusuf berkata antara pengajaran lain yang perlu dicontohi oleh umat Islam daripada peristiwa agung itu adalah "bagaimana Rasullullah SAW mengatur, merencanakan dan merancang strategi untuk berhijrah".

Katanya baginda mengatur strategi antaranya, memilih Abu Bakar Al-Siddiq menemani beliau sewaktu berhijrah, memilih Ali Abi Talib bagi menggantikan beliau ditempat tidur baginda, dan melantik Asma Abu Bakar menjadi sumber berita kepada Rasullah SAW sewaktu berhijrah.

'Harus atur strategi'

Sebahagian strategi Rasulullah SAW juga ialah memilih penunjuk jalan yang benar-benar arif ke Madinah supaya terhindar daripada kaum kafir Quraisy, tambah ilmuan Islam itu.

"Oleh itu setiap orang Islam harus mengatur strategi dan operasi supaya perjalanan hidup dapat bergerak dengan cara yang betul dan kemudiannya kita berserah kepada Allah. Allah akan membantu kita selepas itu," kata Dr Yusuf sambil membaca sepotong ayat yang dibaca oleh baginda Rasulullah SAW kepada Abu Bakar meminta beliau tidak bersedih dan gusar dengan kaum kafir Quraisy.

Dalam peristiwa hijrah juga, Dr Yusuf berkata bahawa Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW bukan agama yang bersifat individualistik.

Sebaliknya katanya, Islam itu menganjurkan manusia agar hidup berjamaah atau berkumpulan dengan baginda mengasaskan masyarakat Islam dengan mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, yang dinamakan sebagai kaum Ansar.

"(Ia adalah) permulaan kepada sesebuah masyarakat itu berasaskan kepada Islam... tidak mungkin penyebaran Islam akan berlaku tanpa ada orang yang mempertahankan Islam.

"Berjamaah (atau berkumpulan) adalah sesuatu yang disuarakan oleh Allah dalam al-Quran," katanya sambil membaca ayat keempat dan kelima dari surah al Fatihah, yang menggalakkan manusia hidup berkumpulan bukan bersikap individualistik.

Menurut Dr Yusuf lagi, pengajaran dari peristiwa hijrah tidak terhenti di situ sahaja, apabila baginda membina masyarakat yang berteraskan kepada iman dan Islam.

Menurutnya, baginda mempersaudarakan kaum Ansar dan kaum Muhajirin (umat Islam yang berhijrah ke Madinah), sebagai asas membina masyarakat Islam 'Rabbani Insani' di situ.

Bina masjid

Ini kerana, wahyu yang turun di Madinah, secara umumnya mengisahkan tentang akhlak termasuk pensyariatan solat, puasa, urusan bermuamalat dan sosial di kalangan mereka termasuk perlaksanaan hukum qisas dan pengurusan hutang piutang berlaku selepas peristiwa hijrah.

Dr Yusuf berkata, bagi tujuan tersebut, Rasulullah SAW membina sebuah masjid sebagai pusat sosial dan pertemuan dengan cara menunaikan solat berjamaah serta tempat bermesyuarat.

Baginda juga menubuhkan sebuah pasar bagi meningkatkan kegiatan ekonomi umat Islam, yang menjadi tempat singgahan para pedagang dari luar, tambahnya.

"Pasar itu mempunyai pelbagai seksyen seperti buah-buahan, sayur-sayuran, lembu, unta dan baginda menjadi pemantau terhadap sikap peniaga dan pedagang (yang berniaga)," katanya sambil menceritakan kisah seorang peniaga yang menipu dengan menjual tamar yang tidak elok.

Maka Dr Yusuf membaca sepotong hadis sahih yang menceritakan teguran Rasulullah SAW terhadap perbuatan peniaga tersebut, yang cuba menipu pelanggan.

Sebelum beliau mengakhiri syarahan beliau, ilmuan Islam itu, mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan "orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam".

'Pendustaan kaum munafik'

Katanya, mereka ini mengaku beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka benci kepada Islam. Menurutnya, terdapat ayat-ayat dalam surah Al-Taubah yang menjelaskan sikap, sifat dan ciri-ciri orang munafik.

Katanya, pendustaan kaum munafik di zaman ini "lebih dahsyat daripada zaman silam".

Beliau memberi contoh bagaimana isteri baginda Rasullah SAW, Aisyah Abu Bakar difitnah mempunyai hubungan dengan seorang sahabat, yang terkenal dalam sirah baginda sebagai kisah 'Hadith Al-Ifki'.

Dalam peristiwa ini, orang munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubay menyebarkan fitnah berhubung perkara tersebut dalam masyarakat Islam di Madinah, menyebabkan ada di kalangan sahabat terpedaya dan termakan dengan fitnah tersebut.

"Ayat-ayat di dalam surah ini, Allah mendedahkan tipu daya mereka kerana mereka begitu mudah menjatuhkan martabat orang lain.

"Mereka menuduh (Aisyah) tanpa menampilkan saksi bagi tuduhan tersebut. Ia perlu ditampilkan empat orang saksi. Tidak menampilkan empat orang saksi, maka mereka adalah sesat dan dusta," katanya.

Selepas menyampaikan ceramah, Dr Yusuf diminta membaca doa untuk kesejateraan umat Islam dan hadirin baramai-ramai mengaminkannya, sebelum diiringi dengan laungan takbir.
Read more
0

SELAMAT MENYAMBUT UJIAN HIDUP KE 2

Kepada semua remaja yang akan menghadapi Peperiksaan PMR & SPM serta STPM akan datang, teruskanlah dengan beribadat. Bersempena dengan bulan Syawal ini jom kita tersukan dengan meqada'kan puasa bagai yang tertinggal dan Puasa Enam hari.

Qiamulail dan serta bermunajat pada Allah agar kita diberikan kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di Akhirat sana. Semoga dengan keredhaan Allah Taala serta diberikan kerahmatan kita diberikan kejayaan ini.

DULU LAIN


SEKARANG LAIN
Read more
0

REMAJA & RAMADHAN

Ihya’ Ramadan
Oleh NURUL IZZAH SIDEK

Ayu berasa sangat gembira. Tinggal hanya tiga empat hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut hari lebaran, bermakna hanya tiga hari lagi untuk berpuasa. Setelah menahan lapar dahaga pada bulan Ramadan, tiba masanya dia sibuk membuat persiapan untuk hari raya pula.

Berlainan pula dengan Tina. Dia berasa sedih kerana bulan Ramadan yang penuh barakah ini akan berlalu pergi. Terasa banyak lagi ibadah dan amalan yang belum ditunaikannya. Malah, Tina berasa sedih mengenangkan sama ada dia akan bertemu Ramadan yang akan datang atau tidak.

Penghujung Ramadan yang dinanti?

Tirai 10 hari terakhir Ramadan yang sedang dilabuhkan telah dijanjikan oleh Allah dengan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang bakal diterima kepada mereka yang menghidupkannya.

Rasulullah SAW bersabda: “Inilah bulan yang pada awalnya kita sebarkan kasih sayang (rahmah), pada pertengahannya keampunan (maghfirah) dan pada akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.”

Bagi sesetengah remaja, penghujung Ramadan memang dinanti-nantikan. Ternyata dua perkara sering bermain di fikiran seseorang, sama ada gembira dengan akhir Ramadan kerana Syawal bakal menjelma, ataupun ternanti-nanti akan ganjaran beribadat pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.

Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini.

Hari-hari terakhir Ramadan diisi dengan melipat gandakan ibadat dan amalan. Amalan beriktikaf, menunaikan solat tahajud, berzikir dan bertadarus dilakukan dengan penuh khusyuk pada setiap malam dengan penuh pengharapan untuk bertemu dengan malam al-Qadar.

Malah seluruh keluarga turut dibangunkan untuk meningkatkan amalan di hari-hari terakhir Ramadan. Malam al-Qadar telah disebutkan dalam al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. (al-Qadar:1-5)

Namun bagi kita, apa pun harinya, yang penting pada malam itu Allah menurunkan rahmat, limpahan kurnia dan keampunan kepada hamba-Nya yang melaksanakan ibadat puasa dengan penuh keimanan iaitu mereka yang selalu mengharapkan keredaan Ilahi dan menghiasi setiap detik kehidupannya dengan amalan soleh. Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh.

Bagi remaja hari ini, sepatutnya waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton televisyen atau mengunjungi pusat-pusat membeli-belah. Kebanjiran iklan dan promosi hari raya di televisyen dan radio kadangkala menggamit perhatian remaja daripada merebut kelebihan yang lebih bermakna pada 10 malam terakhir ini.

Lebih mendukacitakan sekiranya di kalangan remaja ada yang tidak segan silu melakukan semula perkara- perkara yang tidak baik, seolah-olah bulan bulan puasa sahaja yang ditegah melakukan perkara yang tidak baik.

Oleh itu, remaja seharusnya merenung kembali segala amalan dan ibadat yang dilakukan pada bulan ini, sama ada ia berupaya meningkatkan diri menjadi orang yang lebih bertakwa atau tidak.

Muhasabah Ramadan

Terlalu banyak kelebihan Ramadan yang boleh remaja insafi. Sifat bersedekah, memberi serta menginsafi akan keperitan orang lain akan sentiasa menjadi tema Ramadan.

Justeru, semangat Ramadan seharusnya mendorong remaja supaya berfikir ke arah perubahan diri yang fitrah.

Pada bulan ini, Allah melimpahkan kasih sayangnya pada kaum Mukmin. Allah mengajar kita akan erti lapar dan dahaga supaya menginsafi penderitaan golongan fakir dan tumbuh rasa sayang pada mereka yang sentiasa bersahabat dengan lapar dahaga.

Pada bulan ini jugalah, sifat keinsafan dan kasih sayang sesama manusia dizahirkan dengan perbuatan sedekah dan zakat fitrah. Membantu meringankan beban dan kesusahan orang yang memerlukan menjadikan seseorang itu bersyukur dengan rezeki yang diterimanya.

Bayangkan juga kegembiraan orang yang dibantu. Di kala dalam kesusahan dan keperitan, masih terdapat lagi golongan yang mengambil berat akan kebajikan mereka.

Allah telah mendidik hati dan nafsu untuk mengunci diri daripada melakukan perbuatan dan amalan yang tidak baik. Manusia secara tidak langsung dididik menjadi komited dan amanah terhadap tanggungjawab.

Apakah yang mendorong manusia untuk menahan lapar dan tidak curi-curi makan atau tidak melakukan perbuatan yang tidak baik pada bulan Ramadan? Tentulah kerana dalam fitrah remaja itu sendiri mempunyai asas iman, memegang amanah dan mempunyai ketakwaan kepada Allah.

Jika asas-asas fitrah ini tiada, bayangkan betapa banyak kerosakan yang boleh dilakukan dalam segi yang lain. Jika ini diterjemahkan dalam kehidupan seorang remaja, tentulah ia akan melahirkan generasi yang rosak akhlak serta tidak beramanah.

Kualiti manusia bukan sahaja diukur daripada ketinggian ilmu pengetahuannya serta darjatnya semata-mata, tetapi sejauh mana keikhlasan terhadap amanah yang diberikan kepadanya serta ketakwaan kepada Allah. Maka inilah yang dikatakan mencapai matlamat puasa yang sebenarnya, iaitu meningkatkan ketakwaan kepada Allah.

Oleh itu, bermuhasabahlah kita seusai Ramadan. Kita bakal selesaikan 30 hari yang penuh dengan ibadat dan kesucian. Kita akan tinggalkan bulan yang bukan sahaja dipenuhi ibadah kepada Allah, tetapi juga bulan ketika kita menaburkan kasih sayang sesama hamba Allah yang lain.

Semangat Ramadan harus mampu membina azam dan tekad yang tinggi dalam remaja Islam untuk kembali kepada fitrah diri iaitu kembali kepada kehidupan yang baik dan sempurna dalam lingkungan adab dan syarak.
Read more
0

ASRI RABBANI MENINGGALKAN KAMI


Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Membesar dengan alunan Di Pondok Kecil, mengamit keruntunan jiwa mengimbau kenangan silam bersama-sama kawan-kawan di sekolah dulu. Maybe adik-adik sekarang mendengar alunan lagu tersebut yang dinyaynyikan oleh kumpulan Aeman.

Kini, suara yang asli merdu yang dikurniakan oleh Allah kepada insan yang istimewa sudah tiada. Kehilangan beliau ketika dalam proses merakam suara bagi satu tayangan di bulan Ramadhan, ianya ditinggalkan selama-lamanya.

TARBIYAH MELALUI IRAMA
dengan lagu-lagu beliau juga, kami menggunakan pendekatan muhasabah melalui alunan suara zikir dan lagu-lagu yang menyentuh jiwa bagi membangunkan rasa keinsafan di dalam naluri insan muda yang berada di dalam Skuad Waja ini.

Kami mentarbiyahkan hati-hati yang sedikit 'keras' untuk dilembutkan dengan suara-suara yang menyampaikan alunan suci untuk dijadikan modul seperti Saidina Umar yang cair ketika mendengar alunan bacaan ayat Al Quran oleh adik iparnya sendiri.




TAKZIAH DARI KAMI
Kami mewakili seluruh remaja di Terengganu menyampaikan salam takziah kepada ahli keluarga Allayyarham Ustaz Asri, terutamanya anak-anak beliau yang masih kecil. Semoga ketabahan ayahandamu itu satu ketika dulu diwarisi oleh kalian. Kepada Hamdi Rabbani sambunglah cita-cita ayahandamu ini untuk menjadikan industri nasyid sebagai sumber untuk mengubah haluan selruh remaja ke arah menuju Rabbani.

Wallahualam.

JABATAN PEMBANGUNAN REMAJA TERENGGANU
Read more
0

FIQH AS SIYAM 1- BERSUGI

Bersugi (menggosok) gigi pada siang hari di bulan Ramadhan, adalah dibolehkan dengan syarat berhati-hati jangan sampai ubat gigi atau air liur yang bercampur dengan ubat gigi atau air liur yang bercampur dengan darah gusi (bagi orang yang mudah berdarah gusinya) atau lain-lain benda luaran termasuk ke dalam kerongkong atau melewati had makhraj (anak lidah).

Kalau benda-benda yang tersebut di atas masuk ke dalam kerongkong sehingga melewati anak lidah,maka BATALLAH puasanya.

Adapun hukum menggosok gigi bagi orang yang berpuasa pada siang hari apabila selepas tergelincir matahari yakni setelah masuk waktu zohor dan semasa menggosok itu ia dapat mengawal daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa sepertimana yang telah disebutkan di atas, maka hukumnya adalah makruh (dikeji atau tidak disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW). Adapun jika menggosok gigi dilakukan sebelum tergelincir matahari maka hukumnya adalah HARUS (dibolehkan).

Bagi individu yang berpuasa adalah kami nasihatkan agar bersugi yakni menggosok gigi sebelum terbitnya fajar,kerana bagi mengelakkan sisa makanan termasuk ke dalam kerongkong lalu melewati anak lidah lalu BATALLAH puasanya. Wallahu ‘alamu bissowab.

jom kita JOIN GENG USRAH WAJA RAMADHAN INI
Read more
1

H1N1 MENULAR KE TERENGGANU

Giliran Politeknik Dungun ditutup

Oleh MANIRAH OTHMAN

SAIFULLAH (kanan) bersama pelajar yang menunggu untuk pulang setelah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun ditutup semalam.

DUNGUN - Kira-kira 1,200 pelajar baru dan 450 kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin di sini mendapat cuti kecemasan selama lapan hari sehingga 1 Ogos ini bermula semalam apabila empat pelajarnya disahkan dijangkiti selesema babi (H1N1).

Timbalan Pengarah Akademiknya, Saifullah Musa memberitahu, cuti itu diberikan selepas pihaknya mendapat arahan supaya berbuat demikian daripada Jabatan Kesihatan Negeri bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Katanya, lima pelajar di politeknik itu mengalami demam dan tanda-tanda dijangkiti H1N1 semalam sebelum diberi rawatan di hospital berdekatan. Empat daripada mereka disahkan dijangkiti wabak itu.

"Ekoran itu, kita telah membuat pengumuman malam tadi (semalam) untuk menutup politeknik ini dan pelajar mula meninggalkan kampus sejak pukul 6 pagi.

"Pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin telah mengarahkan semua pelajar, pengajar dan kakitangan supaya tidak berada di kawasan kampus dalam tempoh tersebut," katanya di sini semalam.

ADIK-ADIK JAGA DENGAN KEBERSIHAN DIRI, SEMOGA KITA DISELAMATKAN DENGAN BALA BENCANA INI. AMIN...
Read more
0

SUDAH TERHANTUK BARU TERGADAH






RUJUK DISINI

SAYA MEWAKILI REMAJA TERENGGANU, BERASA KECEWA DAN TERKILAN APABILA MELIHAT KEBANGGAAN MEMILIKI STADIUM TERCANGGIH DI MALAYSIA RUNTUH TIDAK SAMPAI SETAHUN.

WALAUPUN PELBAGAI ANDAIAN YANG DIBERIKAN, INI TIDAK BERMAKNA SETIAP PROJEK YANG DIJALANKAN BEGITU MUDAH ROSAK DAN MUSNAH.

SEBELUM INI BERLAKU KES RUNTUHAN BERLAKU, SEKOLAH MENENGAH WAKAF TAPAI, MARANG.







































BAYANGKAN KETIKA ITU DIADAKAN PERMAINAN ATAU SESUATU PERLAWANAN, BERAPA BANYAK KEMALANGAN JIWA BERLAKU YANG AKAN DITANGGUNG OLEH RAKYAT.

SEMOGA PANEL SIASATAN BEBAS MENYIASAT DENGAN TELUS DAN SAKSAMA. JANGAN BIAR SEMUA PROJEK DI TERENGGANU IBARAT TELUR DI HUJUNG TANDUK,

KAMI BERHARAP DENGAN KEJADIAN SEBEGINI SEMUA PIHAK MENGAMBIL IKTIBAR.

http://aimanulnaim.blogspot.com
Read more
0

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Klik untuk besarkan gambar


@blink : Juga buat semua Skuad WaJA seluruh Negeri Terengganu
Read more
0

TIPS LAST MINUTE



Salam motivasi untuk semua. Guane lepas poser ni tentu dah tak ingat nok pereksa esok lusa. PMR bermula 13 Oktober ni ( alamak minggu depan), SPM 12 November ( lambat lagi), STAM ( 20 Oktober)..... emmm nak buat camner ye.


Okey ni ada abang aeman nak kongsi beberapa tips untuk menghadapi peperiksaan.


1- Control macho walaupun dalam keadaan gelabah, jangan teruskan study last-last minute ( jangan nyusahkan otak anda untuk terus menghafal waktu-waktu begini bagi PMR je)


2- Sila refer guru untuk teknik menjawab soalan lepas, macamana nak score markah walaupun tak tahu nak jawab, ( contoh abang aeman buat dalam paper Arab, terus je menjawab walaupun tak tahu makna.


3- Untuk soalan spot jangan mengharap sangat, nanti korang akan terlopong jikalau tak masuk. Tapi bersedia juga untuk bab-bab penting.


4-pastikan pembelian pensel, pemadam, pembaris or sebagainya lebih awal nanti kedai tutup, or penjual kehabisan stok macamana menangislah pinjam pensel adik korang.


5- Pastikan IC & slip Exam sentiasa bersama anda, walaupun masuk tidur.


6- Tetap solat hajat, taubat, istikharah untuk pastikan Allah sentiasa bersama anda. ada satu cerita bagaimana kawan abang aeman dapat ilham sewaktu dia blank nak jawab soalan karangan , tiba-tiba di hadapan dia terdapat satu karangan seperti skrin , apalagi dia salin terus. Alhamdulillah dia dapat A untuk paper tersebut.


7- Doa dan selawat jangan dilupakan. Paling penting keredhaan ibubapa tu tak leh nak lupakan. Biar jahat mana pun kita tapi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan cium tangan ibu ayah minta maaf kat depa.


Okey tu aje, thanks for isteri abang aeman kat sebelah ni bagi idea....


Selamat berjuang di alam peperiksaan....


Read more
0

TAUBAT SEMPENA RAMADHAN



semoga Allah ampuni diri kita semua Amin...........
Read more
0

Ikon Hiburan Baru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Hrkh)- "Kemenangan saya ini bukan hanya milik saya seorang tetapi kemenangan untuk semua pejuang Islam. Insya-Allah misi dan visi saya ialah kerana Allah di samping akan terus mendapat bimbingan para ulama dalam meneruskan kerjaya seni saya,"itu antara kata-kata awal juara Akademi Nasyid, Azhan Atan. Azhan, 35, yang ditemui selepas program Simfoni Merdeka 08 anjuran Masjid As-Syakirin, KLCC, menyatakan selepas kemenangan dalam program realiti itu beliau meletakkan konsep kebajikan dalam setiap persembahannya. "Saya meletakkan konsep ' beramal kerana Allah itu syiar kami' dalam setiap persembahan saya akan datang,"katanya penuh optimis.


Memandangkan buat masa ini beliau belum terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, beliau bebas mengadakan persembahan di mana-mana selagi persembahan tersebut tidak melanggar etika dan kesopanan. Sepanjang menyertai program itu Azhan sama sekalitidak pernah bermimpi trofi dan ganjaran bernilai RM100,000 itu akan menjadi miliknya. Kelunakan suaranya bukan sahaja memikat juri dan penonton yang sanggup mengundi melalui sistem pesanan ringkas(SMS), malah turut menarik perhatian komposer untuk menyumbangkan lagu untuknya.


"Sebanyak 19 lagu baru telah diberikan kepada saya sebelum saya masuk ke peringkat akhir Akademi Nasyid. Bagaimanapun saya belum sempat menilai lagu tersebut satu persatu. Saya berterima kasih kepada komposer-komposer tersebut kerana sudi menyumbangkan lagu-lagu mereka untuk saya nyanyikan,"katanya yang turut mendapat tempat di hati komposer terkenal seperti Ramli Sarip, Usop Kopratasa, Yassin dan Farihin Abdul Fatah.



Jelas anak jati Johor ini, beliau juga bernasib baik dan beruntung apabila komposer seperti Ramli Sarip sanggup memberi nasihat dan bimbingan kepadanya sepanjang beliau di Akademi Nasyid. Tambah Azhan, bakatnya dalam nyanyian telah dibina 15 tahun lalu apabila beliau sering membuat persembahan dalam setiap program yang disertainya. Namun kemenangannya sebagai juara Akademi Nasyid menyerlahkan lagi bakat yang ada pada dirinya "Kebanyakan yang mengundi saya adalah rakan-rakan yang telah mengenali saya sejak dahulu lagi dalam setiap program-program yang saya sertai seperti Jambori Amal. Saya amat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya selami ini.


"Kejayaan saya hari ini juga berkat dorongan isteri dan anak-anak ," jelas bapa kepada empat anak ini. Bercerita mengenai perjalanan seninya, jelas Azhan, buat masa ini beliau menjalani kontrak dengan TV9 selama setahun dan akan mengikuti segala persembahan yang diatur stesen TV tersebut. Bagaimanapun katanya, ini beliau tetap akan menumpukan kepada program rutinnya setiap tahun untuk menyemarakkan Ramadan.

"Amal Kerana Allah"
TAKBIR!!!
Read more
0

PESANAN UNTUK SEMUA


Wahai adik-adik semua, dunia semakin menghampiri usia tamatnya. Apatah lagi dengan isi di dalamnya. Bayangkan kewujudan dunia ini sudah beberapa tahun mendahului kita. Namun begitu masih ramai lagi masih jauh dari sentiasa mengingati mati dan azab yang akan diterimanya di akhirat kelak.

Bersedialah wahai adik-adikku untuk menerima keputusan peperiksaan di padang mahsyar nanti. Soalan Padang Mahsyar (SPM), itu belum tentu terjawab walaupun soalanya sudah bocor. Nabi sendiri memberikan beberapa tips untuk kita menghadapi exam tersebut. Ketika itu kita barulah terketar-ketar menjawab, ketika di dunia boleh kita mengambil semula atau repeat paper, tapi tiada ulang semula di akhirat nanti.

Bersama-samalah kita berdoa untuk kebaikan kita di dunia & akhirat kita nanti...

SU JPR
Read more
0

SELAMAT HARI IBU






Ini video berkenaan seorang anak yang buta mahu tahu macamana sesuatu itu, dengan lembutnya ibu terang satu persatu...Allah...nangis rasanya. Lihat kisah 'Demi Masa'


bagaimana seorang anak yang boleh derhaka walaupun cerdik tapi berkat doa ibu yang siang malam besusah payah berdoa untuk anak itu lebih bahagia sekiranya turut mendoakan kebahagian ibunya juga. ini ringkasan lirik lagu di atas.

Oh Mother, what is the shape of the sky? what is light?
what is the moon?
with its beauty you talk
and i see no trace of it
is this world full of continuous darkness?
O mother
give me your hand ,
may my loneliness goes away
when i walk i fear tripping
in light or darkness?
i don't walk well
where the road was short or long
i fear facing danger when i walk
and i tell no difference betwenn hole and smooth roads
my lees is my sight
is there sight in objects?
Read more
0

Eksklusif : Tembual bersama Pelajar Muda Cemerlang SPM

Di sini diperturunkan temubual eksklusif bersama adik Maryam Fatini Mohd Zabudin (MFMZ) yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM walaupun baru berusia 15 tahun. Beritanya ada dipaparkan dalam posting yang lalu. Untuk adik-adik Skuad Waja, bolehlah mengambil panduan dan nasihat dari sahabat-sahabat yang boleh dijadikan role-model. Kita ikuti temubual tersebut;



JPR : Assalamualaikum Atin, terima kasih kerana sudi ditemubual dan berkongsi pandangan dengan JPR untuk panduan bersama ahli-ahli Skuad WaJA lain.
MFMZ : Waalaikumussalam... terima kasih kembali.


JPR : Ceritakan sikit tentang diri adik...
MFMZ : Saya merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik, tinggal di Lorong Kekabu, Seberang Baroh Kiri, Kuala Terengganu. Dilahirkan pada 12 Disember 1992 di HKT. Ayah saya, Mohd Zabudin Malik dan ibu saya Wan Aminah Wan Muda merupakan guru.

JPR : Pendidikan?
MFMZ : Saya mengambil UPSRI di Madrasah Darussalam pada tahun 2002, PMR di SMA Khairiah pada tahun 2005 dan SPM di SMKA Sheikh Abdul Malek pada 2007.

JPR : Apa panggilan di kalangan kawan-kawan, ahli keluarga dan saudara mara?
MFMZ : Di kalangan keluarga & saudara mara : kakak, kak aten, aten, fatin. Kalau kawan-kawan ada yang panggil maryam, yam dan Cik Yam. Setakat ni belum ada yang panggil maffafesea....(alamat email beliau)


JPR : Apakah penglibatan kurikulum dan ko-kurikulum Atin di sekolah dan luar sekolah?
MFMZ : Kalau di sekolah saya menyertai PBSM, PROSTAR, Persatuan Falak Syarie, Persatuan Khat, sikit-sikit bolehla..., Catur, tau gerak jer..., Kawad Kaki, kalau luar sekolah, Skuad WaJA lah
kot...

JPR : Adakah Atin rasa rendah diri dengan usia muda ketika mengambil UPSR, PMR dan SPM berbanding kawan-kawan sekolah yang lain?
MFMZ : Tak de la rendah diri, sebab dah terbiasa dari kecik. kawan-kawan pun dah rasa macam sebaya. Kadang-kadang ada jugak terlupa yang diri ini sebenarnya lebih muda berbanding kawan-kawan sekeliling.

JPR : Kami gembira juga bila Atin asalnya dari Madrasah Darussalam, ini membuktikan pandangan bahawa sekolah "jemaah" juga mampu melahirkan pelajar cemerlang walaupun tidak selengkap sekolah kerajaan. Apa pendapat Atin?
MFMZ : tidak dinafikan sekolah jemaah agak kekurangan dari segi infrastruktur dan prasarana, tapi ada yang lebih utama... Sekolah jemaah ni pengajarannya lebih kepada untuk mendisiplinkan pelajar, dengan kurikulumnya yang lebih berteraskan agama, dan kokurikulumnya seperti program tamrin yang diadakan saban tahun. jadi rasanya inilah yang menjadi pegangan pelajar-pelajar. dan, sebenarnya kita dapat lihat sekarang kebanyakan pelajar-pelajar cemerlang sekarang adalah dari sekolah-sekolah yang berlatar belakangkan agama.


JPR : Sebelum keputusan peperiksaan SPM diumumkan, apakah jangkaan Atin? MFMZ : Sebenarnya sampai sekarang pun, masih ada terselit rasa tak percaya dapat keputusan sebaik ini. kalau dulu memang tak boleh dengar langsung orang cakap "result spm", mesti jadi tak tentu arah berdebarnya. tapi boleh kata hampir setiap malam sepanjang penantian yang menyeksakan itu, saya lakukan solat hajat. sebab waktu tu kita hanya boleh berserah pada ALLAH. akhirnya dapat gak macam ni, Alhamdulillah sangat-sangat.

JPR : Bagaimana tabiat pembelajaran Atin?
MFMZ : Terus terng saya cakap, kalau kat rumah saya memang susah nak belajar. Banyak sangat tarikan, internet, tv, novel, komik, macam-macam ada! Jadi saya pun ambil keputusan untuk balik dari sekolah agak lewat untuk focus study. Lagipun kawan-kawan ada jugak yang stay back. Jadi kalau ada masalah boleh terus tanya. Yang keduanya, banyak buat soalan. Sebab bagi saya kalau buat soalan ni kita akan tau apa yang kita tak tahu dan tau apa yang kita tak faham. Jadi biasanya sebelum ulangkaji satu-satu tajuk, saya akan buat latihan berkenaan tajuk tu dulu. Saya ada juga buat nota ringkas dan letakkan bawah plastik meja kat sekolah. Senang nampak dan ingat. Saya jugak suka tanya cikgu selain kawan-kawan. Sebab cikgu kan boleh jawab dengan tepat apa yang kita tak faham. Lagipun, cikgu akan lebih kenal kita berbanding kawan-kawan yang lain. Jadi secara logiklah, kalau masa cikgu mendoakan anak-anak muridnya, berkemungkinan besar cikgu tersebut akan bayangkan kita, tak gitu? Tapi kalau ada kawan-kawan nak pergi jmpa cikgu, biasanya saya akan ikut sekali, boleh tau jugak apa yg cikgu cakap. Lagipun saya ni bukan boleh duduk diam dalam kelas kalau cikgu tak ada. Habis kawan-kawan nak kacau. Bosan... jadi dari kacau orang lain, baik gi jumpa cikgu kan...

JPR : Adakah Atin mengamalkan sebarang pantang-larang atau petua dalam belajar dan dalam pemakanan?
MFMZ : Tengah belajar mestilah kena jaga makan. Elakkan makanan yang boleh membahayakan kesihatan badan dan minda. Contohnya, makanan ringan, air yang ada semut, dan sebagainya. Banyakkan makan makanan yang boleh mencerdaskan otak seperti kismis, madu dll. Lebih-lebih lagi masa tahun nak periksa besar. Duduk mesti tegak masa belajar. Baru susah sikit nak ngantuk, nak-nak kalau dalam kelas. Tempat belajar mesti kemas, bersih, selesa dan ada aliran udara dan cahaya matahari. Molekul air boleh berubah dengan perkataan yang didedahkan padanya, so ada kawan cakap, dedahkan air tu masa cikgu tengah mengajar, pastu minum. Ni tak tau la betul ke tak. Agaknya kalau dedah masa add math, jadi macam formula add math ker? Satu cara nak kuat ingatan, diajar oleh seorang ustaz...masa nak tidur try recall balik semua perkara yang kita buat sepnjang hari, sambil-sambil tu boleh muhasabah diri kan? Tapi, kalau rujuk kat mana-mana pelajar cemerlang pun petua diaorang sama je. Cuma nak buat ke tak nak jer. Kalau boleh, tiap-tiap malam lepas belajar, buat solat hajat mintak dilekatkan dalam kepala apa yang kita belajar. Lepas tu kalau kita ada hajat yang betul-betul kita nak, lakukan solat hajat 12 rakaat, insyaAllah dimakbulkan. Kalau boleh lagi, buat nazar ikut kemampuan kita. Pastu kalau dapat benda yang dihajatkan jangan lupa bayar pulak...

JPR : Bagaimanakah bentuk hiburan yang Atin suka?
MFMZ : Al-Quran pun satu jenis hiburan. Kalau nak hiburkan diri di kala susah hati bacalah Quran banyak-banyak sebab ia adalah penawar. Kalau yg lain-lain tu macam-macam la. Tengok kartun, baca komik, dengar lagu, baca novel. Tapi kalau lagu depend juga. Kadang-kadang ada gak lagu nasyid yang tak minat sebab lebihkan cinta duniawi, dan ada juga lagu-lagu biasa yang diminati sebab ia bawa meaning yang bagus. Tapi first nak minat lagu, kena best la kan...

JPR :Adakah adik mengikuti sebarang bentuk kelas bantuan/bimbingan tuisyen luar?
MFMZ : Saya memang ikut tusyen sebab bagi saya la kan, kita nak timba ilmu biarla dari banyak cikgu. Sebab kadang-kadang cikgu-cikgu ni pengetahuan diaorang tak sama. Pastu kalau kita tak boleh catch up kat skolah, kita still ada 'backup'. Lagipun kat tuisyen bukan semuanya dari sekolah yang sama, jadi kadang-kadang ada cikgu ajar lebih dari cikgu kita ajar. Jadi sumber kita tak terhad.

JPR : Ada beberapa golongan pelajar pada zaman kini, apa pendapat Atin tentang golongan pelajar bermasalah sosial.
MFMZ : Nak bagi pendapat.... sikit-sikit boleh la ye; Pada pandangan saya la, pelajar-pelajar ni kebanyakannya adalah pelajar yang kurang dari segi didikan agama dan moral. Mereka rasa muda hanya sekali, so kena ambil kesempatan untuk rasa segalanya. Ibubapa, guru, dan masyarakat perlu beri perhatian lebih kepada pelajar-pelajar seperti ini, tapi yang paling penting adalah kesedaran daripada diri pelajar itu sendiri. Kerana itu, didikan yang betul mestilah diberi sejak kecil lagi.

JPR : Prinsip hidup Atin?
MFMZ : Mesti sentiasa ada keinginan untuk jadi lebih daripada orang lain, dan mesti lakukan apa yang perlu untuk jadi lebih daripada orang lain.

JPR : Pemimpin yang Atin kagumi dan kenapa?
MFMZ : Saya kagum dengan setiap pemimpin yang berjaya menginspirasikan orang yang mereka pimpin untuk menjadi lebih hebat atau setaraf dengannya dengan berlandaskan agama dan meransang masyarakat kearah kemajuan dari segala aspek.


JPR : Biasanya pelajar-pelajar cemerlang cenderung memilih negara barat sebagai destinasi menyambung pelajaran terutamanya dalam bidang perubatan, tapi kami difahamkan Atin memilih untuk menyambung pelajaran ke Mesir, kenapa?
MFMZ : Memang telah menjadi impian saya sejak lama untuk menjejakkan kaki di bumi Mesir. Di Mesir terletaknya Universiti Al-Azhar yang merupakan antara universiti tertua dan terkenal dengan kehebatannya dalam menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya, (tapi belum pasti dapat masuk ke Azhar walaupun dihantar ke Mesir), lagipun di Mesir, agama islamnya lebih kuat berbanding negara-negara barat dan masalah sosialnya tidaklah seteruk di negara-negara barat. Jadi, saya rasa diri kita akan lebih terjaga apabila berada di bumi anbia' tersebut.

JPR : Apa pandangan Atin mengenai Skuad Waja?
MFMZ : Pada pandangan saya, dari segi aktiviti ia sangat-sangat bagus dalam memberi input yang membawa faedah kepada adik-adik kita dengan memupuk semangat dan jati diri mereka dan membantu mereka mengisi kekosongan masa lapang dengan mengadakan program-program seperti ini.

JPR : Boleh berikan nasihat/pesanan buat sahabat-sahabat Skuad Waja?
MFMZ : Buat sahabiah....Hidup perlukan perjuangan. Untuk yang masih belajar, ingat, belajar amat-amatlah penting. Kita sebagai pewaris bangsalah yang bakal mencorakkan negara kita. Jika kita memandang remeh perkara ini, negara kitalah yang akan hancur. Ingatlah Allah sentiasa dan sentiasa berlumba untuk jadi yang terbaik...

JPR : Terima kasih adik, moga-moga cita-cita adik tercapai.
MFMZ : Sama-sama, good luck buat semua geng Skuad WaJA...

Ahli Jawatankuasa Jabatan Pembangunan Remaja Negeri Terengganu mengucapkan jutaan terima kasih buat Adik Maryam Fatini Mohd Zabudin atas kesudian ditemubual untuk blog Skuad WaJA. Moga-moga mutiara kata yang disampaikan dapat memberi sesuati buat rakan-rakan lain, dan untuk Adik Maryam Fatini, moga-moga adik berjaya dunia dan akhirat.
Read more
0

ISI CUTI @ CUTI ISI



salam dik...

kata Nabi kita 2 nikmat yang sering dan banyak manusia alpa, leka, lalai, lupa iaitu nikmat sihat & masa lapang
Okey camner dengan pereksa, PMR & SPM yang lalu, pasti okey kan. Masakan tidak adik dah cuba sedaya upaya bukan tak cuba kan, zaman abang dulu sebelum masuk exam doa , habis exam doa dan tawakal pulak. Yang paling penting kita dah usaha yang lebih tinggalkan pada Rabbi , kerana itu semua kerja Dia. okey kita tinggalkan bab peperiksaan ning, apa abang eiman ning orang dah pening jawab duk sembang lagi bab ni.

So dah merdeka kan? apa nak buat , keje part time, tolong mak ayah, kursus or lepak & qada tidur yang lepas kerana tak tidur study during exam. Abang eiman ada sedikit petua untuk adik untuk isi masa cuti ni, nak ikut orang tu akan berjaya tak naka ikut (ikut pandai korang lah)

  1. Masuk Kem anjuran Skuad WaJA atau mana-mana kursus yang difikirkan patut
  2. Kerja sambilan untuk menambahkan koleksi duti poket (bukan beli rokok), boleh bantu ibu ayah tampung belanja dapur @ standby untuk buat lesen motor
  3. Mulakan belajar untuk future bagi adik-dik form 1,2 & 4, cuti 1 bulan lebih tak lama dik
  4. Melawat atau menziarahi atuk & nenek kat kampung bantu bersihkan halaman rumah tok dapat juga pahala
  5. Belajar agama di pondok atau mana-mana madrasah yang berdekatan bagi menambahkan ilmu adik-adik
  6. Bersukan @ riadhah bersama kawan-kawan jangan duk main PS aje.
  7. Pergi kursus English ke atau kemahiran untuk meningkatkan ilmu yang sediada
Cukup setakat ni, lepas ni adik-adik yang boleh ikut apa yang abang cakap akan mengisi cuti mereka dengan keseronokan bukan bercuti terus. Jumpa lagi

Eiman
S/U JPR Terengganu
Read more
 

Categories