Skuad WAJA merupakan badan untuk mendidik remaja ke arah Islam yang sebenarnya.Di sini kami mengumpul sebilangan remaja Islam dalam acuan Amal Ma'ruf nahi Mungkar.Laman ini akan menjadi wadah untuk WAJA menyebarkan dakwah kepada semua dengan tema Remaja Geng Kite
wajaterengganu@gmail.com
http://skuadwajaterengganu.ning.com
Salam untuk semua wajarian, di sini terdapat sedikit cerita untuk dikongsi bersama-sama bagi yang tidak dapat menghadiri program Kem Perkaderan Remaja Islam yang telah berlangsung minggu lepas.
Bumi Palestin merupakan bumi yang suci, ianya merupakan tanah tempat tinggalnya para anbiya' dan juga para ulama. Kini Palestin dijajah, ditindas oleh manusia Zionis Israel Jahanam yang merompak hasil usaha, tanah, tanam-tanaman serta kehidupan di Palestin.
Palestin kini ditadbir dan diurus oleh HAMAS, yang merupakan Gerakan Islam yang dipilih oleh suara rakyat dalam pilihanraya di Palestin. Namun ianya tidak diberi keadilan dan bantuan oleh negara jiran Rejim Zionis termasuk sekutunya Mesir & US.
Malangnya, sokongan mereka kepada HAMAS tidak mendapat restu dunia. Mereka akhirnya dihukum kerana sokongan mereka itu. Makanan disekat. Pintu sempadan ditutup. Air dicatu, elektrik diputuskan. Ubat-ubatan tidak dibenarkan dibawa masuk. Bahan binaan juga dilarang. Pendek kata, semuanya tidak boleh. Satu-satunya perkara yang mereka boleh dapatkan dengan senang dan percuma adalah udara untuk disedut ke dalam dada - itupun tercemar dengan bahan kimia - fosforus - daripada bom-bom Israel. Kalau udara boleh disekat daripada masuk ke Gaza, nescaya udarapun mereka tidak akan dapat. Tinggallah terlolong-lolong di dalam penjara terbesar itu, tiada siapa peduli.
Namun, sebagai sebuah parti pemerintah yang sama-sama merasai azab yang ditanggung rakyat, HAMAS memanjangkan akal mencari kaedah untuk membawa masuk bekalan makanan dan keperluan ke Gaza. Mereka mula membina terowong dan 'menyeludup' barangan daripada Mesir melalui terowong tersebut. Dalam masa yang singkat, terowong bercambah dengan cepat dan bilangannya bertambah dengan mendadak. Dengan terowong itu, penduduk Gaza bolehlah sedikit menyambung hayat.
Namun, usaha musuh tidak pernah putus untuk menghancurkan HAMAS. Israel mengebom terowong-terowong tersebut. Tak berjaya. Akhirnya, Israel menyuruh Mesir menanam tembok besi di tengah-tengah terowong di sempadan Gaza dan Mesir, sehinggakan penduduk Gaza tidak lagi dapat menggunakan terowong tersebut. Bukan itu sahaja, Israel bahkan akan mengalirkan air laut ke dalam terowong-terowong tersebut, sehinggakan terowong itu dipenuhi air masin dan tidak dapat digunakan sepenuhnya.
Maka ada usaha untuk membawa bantuan dari badan NGO dan kesatuan seluruh dunia untuk membantu rakyat Palestin yang digelar Viva Palestin.
beberapa minggu ini, bantuan tersebut disekat dan dihalang oleh kerajaan Mesir. Malahan mereka turut dicederakan dan dipukul serta ditangkap konvoi yang ingin masuk ke Gaza. Termasuk seorang Ahli Parlimen Britain George Colloyway.
Dan semalam Dewan Pemuda PAS pusat telah melakukan demonstrasi untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan Mesir agar diberikan pelepasan kepada konvoi Viva Palestin.
Dan kini khabar baru diterima, konvoi tersebut telah dibenarkan untuk masuk ke sempadan Gaza bagi memberikan bantuan kepada rakyat Palestin.
Semoga kita semua dapat mendoakan bagi mereka yang ingin membantu saudara kita di sana. Ya Allah selamatkanlah bumi Palestin...Amin
Pada 21 Nov 2009 yang lalu. Bertempat di Rumah Al Ansar Pengadang Baru. Satu program Jom Pakat Khitan kali kedua telah diadakan atas kerjasama antara Skuad WaJA (JPR Dewan Pemuda Negeri Terengganu), PAPISMA (Persatuan Perubatan Ibnu Sina Malaysia Cawangan Terengganu) & Masjid Jamek Pengadang Baru.
Seramai 6 orang Dr. Roslan, Dr. Rosli (Ketua), Dr. Tuan Mohd. Fairuz, Dr. Faiz, Dr. Hafiz dan Dr. Yusof. Mr. Husin juga hadir tetapi sebagai pemerhati sahaja. Wakil-wakil Medical Assistant yang terlibat adalah dari Hulu Terengganu seramai 8 orang yang diketuai oleh En. Wan Azmi. dari PAPISMA telah mengambil bahagian mengkhatankan seramai 50 kanak-kanak disekitar Kuala Terengganu & Marang .
Program berjalan lancar, walaupun sebelah pagi hujan agak lebat mulai turun. Program dirasmikan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Ketua Pemuda PAS Negeri yang mana menyarankan anak-anak disucikan sebelum mereka akil baligh agar mereka dapat dihindarkan dari kekotoran jiwa mereka apabila besar nanti.
Kanak-kanak yang dikhatankan juga tidak banyak memberi masaalah walaupun kedengaran teriakan tangisan dari 5 bilik yang berasingan.
Program yang bermula pada pukul 9.00 pagi itu, dapat ditamatkan pada pukul 4 petang. Kami dari JPR mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat terutama nya Masjid Jamek Pengadang Baru yang menaja makanan untuk semua jemputan dan juga kepada penyewa rumah Al Ansar Ustaz Kamal.
Kepada semua AJK jasa kalian akan dibalas Allah kelak.
Takpe..jangan bimbang. Tak sakit cayalah...cakap doktor
Pengerusi WaJA Kuala Terengganu dan team sedang mencuci peralatan Khitan
Cayalah 3 orang sekaligus datang berkhitan hari tu, tak sakit kan?
YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, diiringi Pengerusi WaJA Alghazali meninjau keadaan peserta Khitan yang bersama Dr Roslan ketua doktor dalam program tersebut.
KUALA TERENGGANU – Cukup mengejutkan! Lebih separuh kejadian jenayah yang berlaku diseluruh negeri Terengganu adalah dilakukan oleh golongan pelajar dan remaja.
http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/jenayahdankptrg.jpgKetua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata lebih 60 peratus kadar jenayah di Terengganu disumbangkan oleh golongan remaja yang kebanyakannya berumur 15 hingga 25 tahun.
Beliau berkata pembabitan golongan remaja ini dalam kes mencuri, merogol dan penyalahgunaan dadah antara lain disebabkan kurang pengawasan keluarga terhadap mereka.
"Untuk mengurangkan kadar jenayah di kalangan remaja di negeri ini, polis mengambil pelbagai pendekatan antaranya seperti kempen dan penerapan nilai-nilai murni.
"Namun usaha berkenaan tidak akan berjaya jika sekiranya ibu bapa dan keluarga sendiri mengambil sikap lepas tangan dan tidak mengawasi perlakuan anak-anak mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini Isnin.
Bernama memetik Mohd Shukri berkata PDRM melakukan kempen cegah jenayah dalam bentuk pendidikan supaya memberi kesedaran kepada pelajar dan remaja sepanjang hayat.
Katanya pihaknya juga berbincang dengan pengetua-pengetua sekolah bagi menjalankan kegiatan pencegahan jenayah khususnya menerapkan nilai-nilai disiplin diri pelajar-pelajar. Last Updated ( Sunday, 25 October 2009 04:24 )