RSS
email

SELAMAT DATANG

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM

PROGRAM PERKADERAN REMAJA ISLAM
1

SELAMAT HARI GURU


Setiap 16 Mei, kita akan menyambut setiap tahun hari guru. Adakala sekolah mengadakan hari sukaneka, ucapan untuk guru, bahagi hadiah, kad, bunga dan everything. Itulah tandanya kita menghargai peranan seorang guru yang mendidik kita di sekolah.

Kebiasaannya bagi kaum 'ADAM' mereka agak janggal untuk memberi hadiah apatah lagi bunga kepada guru-guru mereka, sekadar ucapan terima kasih guru dan Selamat Hari Guru itu sudah cukup. Namun adakah itu bermakna kita sudah mengucapkan dan menghargai pengorbanan guru kita selama ini. Berikut beberapa tips yang perlu adik-adik ambil sebagai pedoman untuk menghayati Hari Guru ini.

1- Sentiasa Berdoa Untuk Kesejahteraan & Kebahagiaan Guru
Hubungilah dengan Allah mudah-mudahan guru yang mengajar kita diberi keberkatan, dan kita akan dipermudahkan ajarannya  dan kefahaman apabila dia mengajar. Doa  adalah senjata bagi orang mukmin.

Pernah saya bertanya seorang pelajar tentang rahsia kejayaannya tersenarai dalam ‘Dean’s List’ setiap kali mendapat keputusan semester walapun dia sangat aktif dalam persatuan. Katanya, “Saya selalu mendoakan guru2 saya walau macam mana pun sikap guru itu pada saya.”

2- Kunjungi Mereka 
tak kira kita dulu pelajar paling bermasalah, kitalah pelajar yang ponteng, mereka tetap guru kita. Kebanyakan kawan-kawan abang yang nakal di dalam kelas dan sekolah, mereka tetap berhubung dan saling kunjung mengunjungi guru-guru mereka. Ikatan itulah yang erat dan akan menyebabkan ukhuwah sesama manusia bertambah baik. 

3- Hormati Mereka
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Hormati orang lain untuk orang lain hormati kita. 

Semoga bermanfaat.

Guruku

Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Guruku
Kau penyuluh hidupku
Menerangi alam ini
Kau ku anggapkan
Sebagai ibubapaku

Chorus:
Wahai guruku
Kau ibarat sebatang lilin
Menerangi alam kegelapan
Kau sanggup membakar dirimu

Wahai guruku
Kau insan yang mulia
Mendidik dan membimbing daku
Kaulah insan yang kusanjungi

Guruku
Segala baktimu
Akan ku balas dengan kejayaanku
Akan ku buktikan kepadamu
Wahai guruku 



SELAMAT HARI GURU DARI KAMI SKUAD WAJA
Read more
2

Remaja cuba terjun bangunan

SEORANG anggota bomba cuba memujuk remaja yang mahu terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di Kangar semalam.

KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.

Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya.

pesanan Abg WaJa..janganlah buat keje tak berfaedah ni, takde gunanye..setakat 2 orang perempuan dah tertekan. Macamana kita nak tawan dunia nanti. Eloklah banyak baca buku


Read more
0

SEJARAH ORANG MUDE GENG KITE

Read more
0

ANTARA OPTIMIS DAN PESIMIS

Antara Optimis Dan Pesimis

April 12th, 2010 by Abu Saif 11:24 pm | 5,254 views | Print Print | Email Email |Leave a reply »

“Senyum!” saya memfokuskan kamera.

“Hahaha!” kami semua ketawa.

Saiful Islam semakin kehilangan gigi susunya. Satu demi satu gigi tercabut. Ada yang dicabut di klinik gigi, ada yang main cabut sendiri. Maka jadilah senyumannya demikian.

Demikian yang bagaimana?

Antara optimis dan pesimis… nampak apa?

Gigi yang tiada, atau gigi yang masih ada, atau gigi yang bakal ada?

CARA MEMANDANG

Seorang yang pesimistik dalam pemikiran, berkecenderungan untuk melihat sisi gelap terhadap segala sesuatu. Sentiasa bermonolog negatif, dan melahirkan dialog yang negatif. Ia terbit dari kalimah Latin (pessimus) bermaksud worse. Pesimis adalah kesimpulan hasil fikir dan persepsi pada cara melihat, yang menafsirkan segalanya dari sudut yang buruk.

Tidak percaya pada peluang diri untuk berubah.

Tidak percaya pada peluang masyarakat untuk meningkat.

Tidak percaya hasil krisis kepercayaan diri.

IDEALISMA DAKWAH

Di alam dakwah, golongan yang taasub mutlak tidak mendatangkan banyak faedah jangka panjang. Mereka mungkin tenaga penting untuk melaksanakan suatu agenda, tetapi mereka berbangga dengan keletihan dan pengorbanan, tanpa muhasabah ke atas kualiti dan hasil. Mereka cepat menganggap bahawa mereka telah memberikan yang terbaik, biar pun kerugian dan kemalangan yang sama datang berulang kali.

“Kamu cakap sahaja. Siapa yang turun susun meja gantung sepanduk?” katanya.

Ada segolongan lagi yang tepu dengan idea, begitu kritis sentiasa menganalisa persekitaran. Mereka kaya dengan kritikan.

Keupayaan minda untuk kritis dalam memberikan tindak balas, adalah suatu kurniaan yang besar. Ia amat berguna untuk menyuluh sudut yang tersembunyi bagi penambah baikan. Asas penting untuk kelangsungan tumbesaran gerakan dakwah menyusur zaman.

Tetapi kritikan yang datang dari minda optimis, berbeza dengan kritikan bernada pesimis.

MEMBINA VS MERUNTUH

Kritikan optimis adalah kritikan yang disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Bahasanya adalah bahasa berkeyakinan bahawa ada jalan dan ada peluang untuk penambah baikan itu berlaku. Malah optimis yang sempurna ialah pada menjadikan diri sebahagian daripada agenda itu. Bahasa kita menyebutnya sebagai kritikan membina.

Akan tetapi, kritikan pesimis adalah kritikan yang sangat sinikal, berbau sindiran dan tidak menampakkan kecenderungan pengkritik itu kepada penyelesaian. Padanya masalah-masalah yang dikenal pasti itu terlalu mendominasi keadaan hingga beliau tidak percaya ia mampu diselesaikan.

Ia mungkin kesan pembacaan, kesan pendedahan, kesan penglibatan… justeru ilmu dan pengalaman yang ‘panas’ itu, menimbulkan penyakit ghurur yang membinasa. Awalnya terlihat benda baru, kemudiannya memandang usang benda lama.

Buku-buku yang kurang dibaca massa, berguna dalam mencari kesegaran formula, tetapi bertukar menjadi beban, apabila pesimis dalam pemikiran.

Biar pun kritikannya betul, dengan segerabak hujah yang ilmiah lagi bersarjana, kritikan itu tidak disertakan dengan penyelesaian dan harapan. Ia bukan kritikan yang membina, tetapi ubat yang menjadi racun. Pesimisme adalah kosmetik untuk mengindahkan pemikiran tinggi yang sebenarnya hina kerana menganut putus asa!

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]

PUTUS ASA

Manusia pesimis inilah manusia yang paling rosak kerana kritikannya terputus dari rahmat Allah. Beliau membesarkan sisi gelap dan buruk, hingga lupa kepada kekuasaan Allah SWT yang Maha Luas itu.

“Ahh… inilah golongan Islamis, cakap sahaja. Mereka pun tidak tahu apa yang mereka cakapkan”

“Kekalahan pun gagal diuruskan. Kemenangan pun tidak bijak ditadbir. Tiada kelayakan!”

“Umat sudah rosak. Tak perlulah nak kursus ke atau ceramah ke, balik-balik jadi macam itu juga!”

Ayat-ayat pesimis adalah ayat putus asa. Dan putus asa adalah seburuk-buruk akhlaq kita di hadapan Dia.

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.

GELAS SEPARUH

Justeru ketika kamu melihat gelas sedemikian ini, apakah yang kamu lihat?

Sebuah gelas yang separuh isi, atau separuh kosong?

Wahai anak muda yang berjiwa besar, besarkanlah jua keyakinan dan harapanmu untuk mencita-citakan sebuah perubahan?

Jangan kritik tanpa harapan, ia hanya sebuah keputusasaan…

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir!” [Al-Baqarah 2: 214]

Harapan mesti terus hidup kerana ia bersandarkan kepada rahmat Allah yang Maha Hidup. Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui akan perihal hamba-Nya.

Wahai anak-anakku! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf serta adiknya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” [Yusuf 12: 87]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Read more
0

PENGUMUMAN

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;

Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang

Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010
Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum

Tarikh iklan : 3 Januari 2010
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010
Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf

Tarikh iklan : 3 Januari 2010
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010
Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009

Tarikh iklan : 31 Januari 2010
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan
Lepasan STAM 2009/2008/2007

Tarikh iklan : 31 Januari 2010
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009

Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan
Lepasan SPM dan setaraf

Kategori A, B, C, D

Tarikh iklan : 31 Januari 2010
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010

Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009

Tarikh permohonan dibuka :

Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009

Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010

Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)
Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.

Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru

Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.

Kredit kepada ePutra.
Read more
0

KEM PERKADERAN REMAJA ISLAM (KADER 2010)

Salam untuk semua wajarian, di sini terdapat sedikit cerita untuk dikongsi bersama-sama bagi yang tidak dapat menghadiri program Kem Perkaderan Remaja Islam yang telah berlangsung minggu lepas.

ZON A :
ADIK FAATHAH
NISA' DUNGUN
PEMUDA KEMAMAN


ZON B :
UST AEMAN
SAFWAN
Read more
1

YA ALLAH ...KEJAMNYA MANUSIA



sedih dan pilu melihat gambar di atas, memang manusia sudah hilang pertimbangan. Wahai adik remaja ku sekelian jauhilah maksiat & zina. Jangan mulakan kerana ianya akan binasa.

Ketika ditemui bayi ini telah meninggal dunia,bayi ini ditemui di tepi jalan Kg Permatang Duyong, Melaka. Semoga Allah merahmati jenazah bayi ini di alam akhirat.



ya Allah lindungi kami dari malapetaka ini.
Read more